Monday, August 31, 2009

IFTAR RAMADHAN DI CAWANGAN HPA SEMABOK PERDANA, MELAKA

















Alhamdulillah pada 06 Ramadhan 1430 HijrahBersamaan 27 Ogos 2009 - Khamis...Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Berjemaah, Kelab Sahabat Siti Khadijah di HPA Cawangan Semabok Perdana, Melaka Bandaraya Warisan Dunia...telah berjalan dengan meriah.



Majlis diisi dengan solat sunat terawih dan tazkirah oleh Ust. Kamaruzzaman dan ucapan PJM Hafidzan sebagai Penasihat Kelab Sahabat Siti Khadijah. Gempurr Melaka.

PENERANGAN PRODUK HALAL DAN KENAPA BERSAMA HPA DI HQ MTDC












PJM Hafidzan dijemput untuk memberi penerangan produk halal di ibu pejabat MTDC di Jalan Bukit Bintang ( Tingkat 9 Wisma Tun Razak) pada 26 Ogos jam 1 ptg. Dihadiri oleh pegawai dan kakitangan MTDC. Terima kasih kepada En. Suhairi (MTDC Serdang) dan En. Norhisham (MTDC HQ) yang menganjurkan majlis penerangan tsb. Alhamdulllah, respon yang sangat baik diberikan dan mereka bersemangat untuk melakukan perubahan untuk mengamalkan produk halal HPA. Gempur...........................

KPA GEMPUR PAROI, NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, seramai 47 peserta telah menghadiri PBC Paroi yang diadakan pada 29-30 Ogos buat kali pertamanya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Negeri Sembilan. Modul modul telah disampaikan oleh Presiden KPA - PJM Hafidzan, Timb. Presiden KPA - PJM Rosmandi, Prof. Madya Dr. Ishak selaku Panel syariah HPA, PJS Fatin, PJS Aznin, PJS Rugayah dan PJE Asma.

Di antara fasilitator yang terlibat adalah PJ Ust. Syed Bahri, PJ Ust Khairuddin, En. Shamsul Kamal Idris, En. Mohd. Syukri, En. Said. Terdapat 3 doktor perubatan turut hadir sebagai peserta.

Peserta Lelaki Terbaik iaitu En. Abd Halim Hakim, seorang pensyarah kanan UTeM, Melaka amat terharu apabila mengenali lebih dekat tentang perjuangan HPA di mana sebelum ini beliau tidak menyukai perniagaan MLM. Semua peserta amat bersemangat dan bertekad untuk menggempur pasaran Negeri Sembilan dan akan berusaha untuk membawa peserta PBC akan datang pd 10-11 Oktober di Paroi. InsyaAllah.

Wednesday, August 26, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) KOWAHIDA DI KANGAR 26 OGOS


Gambar di ruangan kaunter Pejabat KoWahida




Mesyuarat ALK KoWahida kali ke 7 telah diadakan pada 26 Ogos 2009 di Pejabat KoWahida di Kangar bermula 3.00 ptg. Majlis berbuka ALK KoWahida bersama kakitangan KoWahida termasuk Staf AWM diadakan di RCH bersebelahan pejabat KoWahida. SKM Negeri Perlis telah mengumumkan KoWahida sebagai koperasi TERBAIK Negeri Perlis 2009. http://kowahida.blogspot.com/





Thursday, August 20, 2009

WAHDAH BERWAJAH BARU (Rebranding)


Suasana di dalam kiosk HPA yang terdapat di dalam RFC di bandar laguna, Merbuk Sungai Petani yang menjadi tarikan untuk pengunjung yang hadir untuk menikmati hidangan RFC di sana






PIZZA

Kedai Radix Pizza yang menyediakan pelbagai jenis Pizza dijangka siap sebelum raya yang terletak di belakang Lagenda Height. PJS Zaimah dan PJS Fatin bersama PJS-PJS lain yang hadir semasa program menggenggam harapan Ummah diberi peluang untuk menikmati rasa salah satu pizza yang bakal keluarkan nanti Insyaallah...

RADIX BAKERY HOUSE





ISLAMIC BOOK STORE HPA

Ini adalah gambaran suasana Islamic Book Store HPA. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA.
Pada 16 Ogos 09, Saya (PJS Fatin) dan PJS Ibu Zaimah beserta keluarga "Check in" di Hotel El-Zahraa Inn. Rasa terharu kerana seperti bermimpi melihat keindahan susana di dalam Hotel El-Zahraa dan pencapaian dan kejayaan HPA. Kami rasa amat-amat berbangga menjadi ahli HPA.
Dengan konsep Islamik dan senibina Islam serta berkonsepkan ciri-ciri timur tengah sejuk mata memandang. Diiringi dengan alunan nasyid yang merdu dan laungan azan ketika masuk waktu solat serta laynan mesrta dari pihak hotel membuatkan pengalaman menginap di sana tidak dapat dilupakan...SUBHANALLAH....
El-Zahraa inn menyediakan 29 bilik untuk dinikmati oleh para pelanggan.
1. Bilik Executive - 4 bilik
2. Bilik Deluxe - 2 bilik
3. Superior (Double) - 15 bilik
4. Superior (Single) - 8 bilik
Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat ekonomi (RM90)


Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)

bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)
Antara kemudahan di dalam bilik:
Bilik berhawa dingin, LCD TV, Telefon, Peti sejuk, Cerek Elektrik, Air panas/sejuk, seterika, sejadah, Al-Quran, kain batik dan kain pelikat dan produk HPA.

Tuesday, August 18, 2009

IKLAN RADIX KOKO (TV9)

Iklan ini akan mula disiarkan semasa bulan puasa di TV9 sewaktu rancangan Madina & Aqso pada waktu petang

Monday, August 17, 2009

PERASMIAN CAWANGAN HPA SHAH ALAM

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 5.30 petang - 10 malam
Tempat : Cawangan HPA Shah Alam di Worldwide@7 (Seksyen 7)
Perasmi : En. Mohd. Faisol Abd. Rahman, GM HPA

Berbuka puasa dan solat terawih berjamaah.
Semua pengedar dan PJS dijemput hadir.

GEMPURRRR SHAH ALAM !
Majlis Perasmian Kiosk HPA Pertama di Hotel De Palma
Dan Pelancaran Kad VIP HPA

Tarikh : 20 Ogos, 2009 (Khamis)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Hotel De Palma Ampang

AGENDA:

1- SEMINAR DAN PERASMIAN KIOSK HPA OLEH PENGARAH URUSAN HPA,
TUAN HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD.

2- PELANCARAN KAD VIP HPA. SEMUA PJS, PEMIMPIN DAN PENGEDAR
DI JEMPUT HADIR. SEMUA PJS LEMBAH KLANG WAJIB HADIR


JEMPUT SEMUA PENGEDAR HPA DATANG RAMAI-RAMAI....PERCUMA ...
CATATAN HARI INI DALAM SEJARAH.
GEMPURRRR......PBC September 2009 (PBC Ramadhan)

29- 30 Sept

Hotel De Palma Ampang - RM180
PJS Hj. Zainal (019 2886641)

5-6 Sept

Residence Hotel, UNITEN, Bangi - RM170
PJS Fatin (013-3962550)

Allson Klana Nilai NS- RM170
PJS Habibah (019-6685083)

Hotel Sri Malaysia. Ipoh Perak- RM130
PJE Mohd Sani (019-6975317)

Hotel Sri Impian, Jasin Melaka - RM120
PJS Zahirah (013-6137313)

12-13 Sept

Hotel Allson Klana. Seremban NS - RM180
Pjs Noliah (012-3190132)

Balok Seaview Resort Kuantan Pahang - RM150
PJ Shahilawati (012-9285971)

HARAP GEMPUR PASARAN....TAHUN 2010, INSYAALLAH HQ HPA AKAN MENUJU KE SHAH ALAM. PERSIAPAN 500 PRODUK DAN PEMBINAAN HPA MALL SEDANG DIPERGIATKAN ! Layari, jawiherbshop.blogspot.com.......info terkini PU

Saturday, August 15, 2009

PESANAN PENGARAH URUSAN

Pengarah Urusan Tn. Hj. Ismail Hj Ahmad berpesan kepada ahli HPA mengamalkan Produk Kapsul IMT 1 jam 2 kapsul atau setiap 4 jam 4 kapsul jadi 2 hari habis 2 botol IMT bagi menangani wabak yang ada sekarang.


IMT adalah produk yang dihasilkan daripada tumbuhan hempedu bumi ( Andrographis paniculata )
Khasiat hempedu bumi:
1. Melawas pembuangan air kecil
2. Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
3. anti peradangan
4. ‘Pain-Killer’/penahan sakit tanpa kesan negatif
5. Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan
6. Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar
7. Melegakan batuk, demam dan selsema
8.
Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi

-Herbalis Fatin-

Friday, August 14, 2009

road tour pbc 15-16 Ogos

Esok, Sabtu - PJM Hafidzan akan mengisi slot Pengenalan Syarikat dan Pelan Pemasaran di PBC Jasin, Melaka pada sebelah pagi.
Pada jam 3.30 petang, beliau akan mengisi slot Pelan Pemasaran dan LDK di PBC Shah Alam. Pada sebelah malam jam 9.00 pm, beliau akan mengisi slot Halal dan Haram di PBC Banting.
Pada hari Ahad, PJM Hafidzan akan berada di PBC Bentong untuk mengisi slot Pelan Pemasaran, LDK dan Ucapan Penutup.

Semoga Allah berikan kekuatan...insyaAllah.

Thursday, August 13, 2009

AHLI HPA MENINGGAL DUNIA - UST. ASRI IBRAHIM (KUMPULAN RABBANI)



KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009: Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), kira-kira jam 10.30 pagi tadi.Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.
MOHAMAD ASRI BIN IBRAHIM (ust. Asri) merupakan ahli HPA di bawah sahabat network (431155.MY01) di bawah jaringan adik beliau iaitu Ust. Fadhil (pengerusi komuniti Bangi).


Gambar kenangan bersama ibu beliau

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... (petikan kata-kata Allahyarham dalam asrirabbani.blogspot.com)

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan mereka yang beriman....AL-FATIHAH

Tuesday, August 11, 2009

AL-FATIHAH

Ahli sahabat Network Puan Aila Ailma Amil (503448.MY01) yang beralamat di 574 KG BUKIT BESAR , 21100 KUALA TERENGGANU TERENGGANU D. IMAN merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Payung, Terengganu telah kembali ke rahmatullah pagi ini 11 Ogos 09 akibat kemalangan jalanraya...Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong dikalangan mereka yang beriman. AL-FATIHAH..

Sunday, August 9, 2009

KPA GEMPUR PBC KUALA SELANGOR

Pbc Kuala Selangor telah diadakan di Hotel De Palma Kuala Selangor dengan kehadiran lebih 30 peserta. Pengarah PBC adalah PJS Jamaluddin Yeop Majlis. Antara PJS dan fasilitator yang terlibat adalah PJS Hafidzan, PJS Habibah, PJE Aspalela, PJE Fauzani, PJE Shafarul, PJE Asma', PJ Maimunah, PJ Syafrida dan PJ Prof. Madya Dr. Ishak. Semua peserta bersemangat untuk menggempur pasaran. PJS Hafidzan Faudzi telah menyampaikan modul Gerak Kerja6M dan memberikan motivasi dalam ucapan penutup. GEMPURRRR.....

PJS Jamaluddin memberi taklimat pengisi borang naik pangkat PLX




Persembahan kumpulan Antara fasilitator PJE Aspalela dan PJE Fauzani