Wednesday, September 30, 2009

Mesyuarat ALK

Alhamdulillah, Mesyurat Ahli Lembaga Koperasi KOWAHIDA kali ke-8 telah diadakan pada 30 September 09 di KL International Hotel bermula jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 04.00 petang. Semua ahli lembaga koperasi telah hadir.
Mulai sekarang, tawaran jual beli produk HPA sebanyak RM5,000 - RM100,000 kepada PJS atau pengedar HPA ynag mempunyai bonus RM1500 ke atas. Bayaran dalam tempoh 6 - 12 bulan. Sebarang pertanyaan dan maklumat terperinci sila rujuk blog KOWAHIDA - http://www.kowahida.blogspot.com/
InsyaAllah, jangkaan awal pulangan dividen KOWAHIDA bagi tahun 2009, akan dibentangkan semasa Mesyuarat Agung KOWAHIDA pada Jun 2010 adalah dijangka MELEBIHI 17 %. Amin. Doakan. InsyaAllah
MARI RAMAI-RAMAI MELABUR. PERJUANGAN UNTUK UMMAH !














SELAMAT HARI LAHIR kepada bos kita PJM Hafidzan semalam sempena 10 Syawal 1430H. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, diredhai dan diberkati Allah selalu serta berjaya di dunia dan akhirat...AMIN...


Sempena ulangtahun kelahiran PJM Hafidzan, satu majlis khas telah diaturkan untuk memberi kejutan kepada beliau. Majlis ini dirancang oleh PJS Aznin dan isteri (PJ Norliza), PJS Radiyati, PJ Syed Bahri dan ibunya (Pn. Latifah), PJS Zaimah dan keluarga dan PJ Zainon di rumah PJS Aznin.

Di dalam ucapan semlam, PJM Hafidzan mengharapkan ukhuwah di antara ahli HPA terutama dalam sahabat network semakin erat dan terus menggempur pasaran produk halal bersama HPA kerana tanggungjawab kita besar demi memartabatkan ekonomi ummah....

SeLaMaT hAri LaHiR PJM Hafidzan

Saturday, September 26, 2009

ALBUM RAYA 2 (FAMILI AYAHBONDA PJM HAFIDZAN) 2009

ALBUM RAYA 1 (FAMILI PJM HAFIDZAN) 2009

KURSUS PENGHAYATAN DAN MENGGENGGAM HARAPAN UMMAH

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Penghayatan Dan Menggenggam Harapan Ummah bagi Kumpulan 3 PJS bersama PU dan GM akan diadakan pada 7 & 8 Oktober di Dewan Cawangan HPA Sungai Petani. Mana mana PJS yang belum menghadiri kursus seumpamanya adalah DIWAJIBKAN HADIR. Penginapan akan disediakan di Hotel El Zahra Inn dan Homestay Bandar Laguna.
Semoga HPA akan lebih kukuh dengan PJS yang mantap semangat perjuangannya. GEMPURRRR..

MAJLIS BERBUKA PUASA (CAWANGAN SHAH ALAM)

ALBUM RAMADHAN (MAJLIS BERBUKA PUASA CAWANGAN RAWANG)

SALAM SYAWAL

Salam Syawal kepada semua ahli sahabat network... Ramadhan telah berakhir, Aidilfitri telah disambut sebagai meraikan kejayaan, jangan lupa jika berkesempatan eloklah kita berpuasa sunat syawal 6hari kerana banyak hikmahnya.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba Allah, alangkah baik seandainya amalan puasa yang wajib pada bulan Ramadan ini kita teruskan di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada tuhannya. Sebab itulah kata ulama: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”.

PERGI TAK AKAN KEMBALI.......PJS ZABEDAH ABDULLAH (BIDOR, PERAK)



Selesai sahaja azan Maghrib berkumandang pada 24 September (5 Syawal), seorang pemimpin HPA telah kembali kerahmatullah, Khamis malam Jumaat di hadapan kesemua anak-anak Allahyarham. PJS Kak Bedah yang merupakan pemimpin veteran dan sangat gigih memperjuangkan HPA terutamanya disekitar zon Tengah (Perak). Allahyarham berusia 64 tahun. Mempunyai 8 anak. Suami beliau, abang Yusof sekarang berusia 74 tahun.

Saya dan isteri-isteri telah bertolak dari Bukit Mahkota Bangi pada jam 7.30 pagi. Tiba di rumah Kak Bedah, Taman Sri Bidor jam 9.30 pagi pada ketika jenazah sedang dimandikan. PU2, Tn. Hj. Fisal dan GM, En. Mohd Faisol lebih awal sampai. Antara leader yang sempat hadir pada hari pengkebumian adalah PJS Hj. Jamaluddin, PJS Pak Dollah, PJS Kholilah Wong dan lain-lain. Pn. Siti Hazliana dan Cik Dayana juga turut hadir.

Sama sama kita mendoakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahannya dan semoga rohnya dicucuri RahmatNYa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa serta menerima ganjaran syurga Allah.

Friday, September 4, 2009




SIJIL HERBALIS 17

Tarikh : 11 Oktober – 31 Oktober 2009
Yuran : RM2500.00
Tempat : Bandar HPA Sungai Petani
Buat Bayaran : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
No A/C: 02020010052950
Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254
MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI CAWANGAN BENTONG PAHANG MERIAH

































Majlis berbuka puasa anjuran JK Komuniti Cawangan Bentong, Pahang telah diadakan pada 3 September, Khamis berjalan dengan lancar dan meriah. Seramai 60 orang ahli HPA sekitar Bentong telah hadir. Majlis dipengerusikan oleh En. Hanimuddin selaku Pengerusi JK Komuniti Bentong.

Solat Maghrib berjamaah telah diimamkan oleh Ust. Aris. Solat Isya' dan tarawih berjamaah diimamkan oleh PJ Alias dan bilalnya Cikgu Tuah kedua-duanya dari Bilut. Selepas solat Maghrib, PJM Hafidzan telah memberi ucapan dan motivasi serta perkembangan terkini syarikat. Disusuli juga dengan Majlis Penyampaian Cenderahati kepada bekas peserta PBC. PJS Zaimah, PJ Alias, PJ Zaiton, PJ Faizal, masing-masing menerima set minuman kaca. Anak-anak amat gembira kerana mendapat ole -ole set alatulis. Tahniah Bentong !

Wednesday, September 2, 2009

JK KOMUNITI CAW. SERI ISKANDAR, PERAK ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA















Alhamdulillah, pada 1 September (Selasa) satu Majlis Anugerah Komuniti Sri Iskandar dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan dengan 30 kehadiran. Majlis dipengerusikan oleh PJ Cikgu Ramlan bermula jam 6 petang.

Pengerusi JK Komuniti iaitu PJS Kholilah Wong dan keluarga terpaksa ke Hospital Putrajaya kerana ibu mertuanya sakit tenat dan kritikal.
Majlis dimulakan dengan ucapan PJ Cikgu Ramlan. PJM Hafidzan telah memberi ucapan dan motivasi kepada hadirin.
Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada anak-anak, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada ahli HPA Sri Iskandar. PJ Cikgu Ramlan dan PJ Cikgu Zana telah menerima sebuah handphone kerana berjaya naik pangkat Pengarah Jati (PJ). Hadiah penghargaan juga diberikan kepada stokis Pn. Noha, Ustzh Sara dan Cikgu Ramlan. Kemudian, beberapa leader dijemput memberikan ucapan. Tahniah semua.

*** semasa artikel ini ditulis, SMS dr PJS Kholilah -`Mak dah tak da'
Innalillahi wainnailaihi rajiun. Semoga roh ibu mertua PJS Kholilah dicucuri RahmatNya.
(Ibu PJ Cikgu Hamid)