Wednesday, November 25, 2009


SIAPA CEPAT DIA DAPAT !

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) BERSAMA PENGARAH URUSAN

akan diadakan pada 19 dan 20 Disember 2009 bertempat di Dewan Kuliah 2,Cawangan HPA Sungai Petani, Kedah.

Yuran : RM 200
Sila bank in terus ke BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad)No Akaun : 02020010058744
Atas nama : Mutiara Hikmah

Sila faks slip bank sebagai bukti bayaran tersebut ke Faks : 04-4419254

Sebarang pertanyaan mengenai PIC bolehlah menghubungi Cik Norasyikin (019-6330727) & Cik Azira (019-4548727)atau Pejabat 04-4419094.
Tentatif Program boleh dimuaturun dari link ini http://www.box.net/shared/z3kp0piyjvRead more...
checkFull("post-" + "5562935880756787383");

BENGKEL KERETA HPA TELAH BEROPERASI


Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil jugak suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi one stop center dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.Insyallah marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia.wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

MOTIVASI NIAGA BERSAMA DOTY 09

Program Motivasi Niaga bersama PJM Hafidzan Faudzi yang merupakan Distributor Of The Year (DOTY `09) merangkap Presiden KPA telah diadakan pada 22 Nov 2009 (Ahad) bertempat di Dewan HPA Cawangan Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Kehadiran seramai 70 orang. Antara PJS tempatan yang hadir adalah PJS Anuar, PJS Aznan dan PJS Saifurain. Program bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada 5.30 petang.



MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KOWAHIDA
PADA 24 NOV DI KLUANG JOHOR









Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi kali ke-10 telah di adakan di Dewan Nuruddin Fahmey milik HPA di tengah-tengah bandar KLUANG. Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dan berakhir 1 petang yang telah dipengerusikan oleh En. Faisol Abdul Rahman

Tuesday, November 10, 2009

KULIAH PERUBATAN JAWI



Kuliah Perubatan JAWI oleh Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj Ismail Hj. Ahmad telah berlangsung dengan jayanya di Hotel De Palma, Ampang pada 8Nov 09. Kehadiran pada malam itu lebih daripada 400 orang telah diserikan lagi dengan kehadiran kumpulan Raihan.

PBC UNITEN NOVEMBER 09


urusetia PBC UNITEN & Peserta Muslimat


Peserta Muslimin & Ucapan Penangguhan Pengarah Program: PJM Hafidzan


Peserta terbaik : Marlina Othman & Mohd. Ikrami Salehuddin


Thursday, November 5, 2009

KENYATAAN RASMI

Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA;Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut;

1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.

2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.

3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.

Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak akada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah ujud SOP pengurusan ayam.Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.

Posted by GM at Wednesday, November 04, 2009

Wednesday, November 4, 2009

MAJLIS KHAS PJS KPA

MAJLIS KHAS PJS KPA

29 Oktober yang lalu telah diadakan perjumpaan khas untuk PJS KPA di Hotel De Palma Ampang pada 8.30 malam. Alhamdulillah semua PJS KPA telah hadir dan memberikan kerjasama yang baik. Antara tetamu khas yang hadir ialah Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. dan Pengurus Zon Tengah (Pn. Siti Hazliana) serta Pengurus Zon Selatan (Pn. Zaimah). Di antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan PBC, Kelas Mingguan dan isu-isu semasa. Tahniah kepada semua PJS atas komitmen yang diberikan.

Semoga pertemuan ini akan menaikkan semangat kita untuk terus mempastikan produk halal ini akan sampai keseluruh rumah umat Islam dan mempertahankan perjuangan HPA walau apa sekali pun mehnah dan tribulasi yang mendatang.

GEMPUR!!!!!!!!!!!!!!!!!!