Sunday, October 31, 2010

SELAMAT BERJUANG !


Selamat Berjuang !

Salam perjuangan buat semua ahli HPA... khususnya Sahabat Network. Setelah jauh kita menyusuri perjalanan ini, Allah masih berikan kita kekuatan. Kita tetap teguh mendokongi amanah ini.

Namun, antara kita dikatakan kepenatan, ada yang keciciran dan... ada yang mencemuh perjuangan murni ini. Kembalikan niat suci kita... bangunkan aqidah ! bangunkan muamalat Islam, bangunkan ekonomi ummah, bangunkan kesedaran tentang halal dan baik.

Musuh kita berada di luar... dan di dalam jamaah ini. Berwaspadalah. Jangan tertipu dengan tusukan jarum halus yang akhirnya perjuangan ini di pandang sinis dari mereka yang tiada ikhlas.

Sahabat-sahabat sekalian,

Bina kekuatan, bina semangat, luruskan niat dan atur langkah untuk bergerak kukuh. InsyaAllah, puncak kejayaan yang hakiki sedang menanti. Amin.

Hafidzan

ZAKAT KOWAHIDA 2009


Pihak Koperasi Wahida telah menyerahkan sumbangan Zakatnya bagi tahun 2009 berjumlah RM 200 000.00 kepada Tabung Amanah Tok Kenali. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Maat di Negeri Kelantan

NANTIKAN .....MENGGEMPARKAN !!!

TERUS GEMPUR... WAHAI USAHAWAN HPA


Thursday, October 28, 2010

GAMAT HPA


Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.



Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat

Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat

Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat

Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat

Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
Aktiviti antioksidan.
Anti-tumor (membantutkan tumor)
Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
Mengurangkan rasa sakit
Meningkatkan tahap imuniti
Anti inflammatory dan antiulcer
Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
Membunuh parasit malaria
Mempercepatkan proses membetulkan tulang
Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA

Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

Khasiatnya terbukti
Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml


Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8