Friday, January 21, 2011

UNDANGAN KE MAJLIS KONVOKESYEN HERBALIS DI HPAIC

Kepada Semua Kepimpinan PJS (Malaysia & Borneo), Pihak HPA ingin memohon bantuan dan kerjasama Tuan2 dan Puan2 untuk menjemput semua PJS di Zon Masing masing mengikuti MAJLIS KONVOKESYEN HERBALIS KE 19 pada 6hb FEBRUARI 2011 di HPAIC pada jam 9am (sehari selepas KONVEK). Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang berbahagia Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad.

Undangan ini adalah khas daripada Yang Berbahagia Tuan Hj Ismail Ahmad kepada semua PJS dengan Harapan, kehadiran Tuan-tuan akan memeriahkan lagi program dan membantu memartabatkan lagi Perubatan Thibbun Nabawi dimasa kini dan akan datang..

Mengemas kini syarat penajaan semula

Salam

Penajaan semula ada beberapa syarat tambahan yang perlu di lakukan supaya tidak ujud kes penipuan.

1. Penajaan semula hendaklah di buat oleh tuan tubuh berkenaan dan di kehendaki untuk mengisi borang khas yang boleh didapati di semua cawangan mulai minggu hadapan 23hb Jan 2011.
2. Salinan photostat kad pengenalan adalah suatu kewajipan.
3. Perlu tandatangan dalam borang tersebut bagi mereka yang hendak menaja dan mereka yang hendak di taja semula di dalam borang tersebut.
4. Sekiranya didapati pengaduan orang yang hendak di taja semula tidak tahu menahu dan berlaku penipuan mengenai salah laku meniru tanda tangan dan di dapati benar akan kesalahan tersebut, maka pihak syarikat tidak akan teragak agak mengambil tindakan tata tertib kepada mereka yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut.

Sekian


-sumber blog GM

Sunday, January 2, 2011

MESEJ FACEBOOK GM

Mohammad Faisol ‎: 2011 insyallah HPA akan menyelesaikan kekurangan stok. Kita akan memberikan fokus kepada pengurusan produk. Ini azam dan tekad kami. Mari terus tingkatkan usaha

Saturday, January 1, 2011

INFO BLOG GM

Salam

GM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat memasuki tahun 2011 dengan harapan kita akan lebih baik dari sebelumnya. Insyallah tahun 2011 ini kita akan membuat beberapa pembaharuan seperti berikut;

1. Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun(12 bulan). Ini bermakna sekiranya sesaorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA. Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula.

2. Program perlatihan Pelapis akan di buat di setiap zon selewatnya bulan April 2011 dan diminta semua Presiden Pelapis menghubungi En Kamal untuk menentukan tarikh perlatihan.

3. Semua program PBC akan di teruskan dan disusun oleh PJS mengikut zon masing masing. PBC Mega di sarankan minima tiga bulan sekali di setiap zon.

4. Semua agen stok akan mulai menggunakan sistem pengurusan online selewat-lewatnya Jun 2011 bagi memudahkan penghantaran dan kawalan data oleh pihak MIS.

5. PJS Malaysia dan Indonesia akan memulakan program Motivasi Silang dalam program yang dianjurkan oleh AWM dan AWMIT khusus dalam pembentukan dan pembangunan program kepimpinan.

Sekian. Wasallam

PENAJAAN SEMULA MULAI 2011

Mulai 2011

Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun(12 bulan).

Ini bermakna sekiranya sesaorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA.

Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula


- sumber blog GM