Saturday, August 8, 2009

RADIX BAKERY HOUSE


Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dgn Radix Oriental Cuisine (ROC) telah memulakan perniagaannya pada hari Rabu 5 Ogos selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad.
Radix Bakery House ini menggunakan produk2 HPA seperti Olive Oil, Madu, Kismis, Kopi Radix, Koko Radix, Jem Nenas, Jem Roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.
Disamping itu juga produk2 Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA diantara produk2nya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain2.
Alhamdullillah keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat drpd minyak kelapa sawit. Penggunaan mentega dan pewarna dalam industri kek sekarang juga membimbangkan kita tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek di luar sana yang mengandungi sedikit alkohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA sedang berusaha utk mengadakan altenatif lain.

PRODUK YANG BAKAL KELUAR

Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu 1. Radix Men(lelaki) 2. Centella Woman 3. Centella Mild. Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan dijangka akan berda di pasaran pada pertengahan ogos nanti. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi meujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan.InsyaAllah. (Posted by Siti Nurhidayah Zainol)

Cecair Pembersih Tangan daripada tanah liat putih

Malam Anugerah Kelab Sahabat Siti Khadijah (Sahabat Network)




Alhamdulillah, malam tadi 7 Ogos 2009 bertempat di Dewan Utama Perumahan Kastam, Bukit Baru, Melaka telah berlangsung Majlis Malam Anugerah Sahabat Siti Khadijah. Pengedar yang berpangkat PLX hingga PJE termasuk PJS telah diraikan. Majlis Anugerah telah disempurnakan oleh PJM Hafidzan Faudzi selaku Presiden KPA dan DOTY 2009. Seramai 120 orang pengedar telah hadir ke majlis tersebut. Sebanyak 11 cabutan bertuah Grand Prize telah diterima oleh mereka yang hadir. Pengerusi majlis adalah PJ Abd. Halim. Tahniah kepada PJS Zahirah, PJS Nasimah dan PJS Fadhilah dan Tahniah buat semua

PJS Zahirah menerima anugerah PJS
Anak anak pengedar KKSK turut menerima ole-ole. Suka nyerrr....40 kanak2.










Wednesday, August 5, 2009

TAHNIAH

TAHNIAH....kepada PJS Aznin, PJS Radiyati, PJS Asah, PJS Khalilah dan PJS Fadhilah yang telah terpilih untuk menghadiri kursus Penghayatan PJS di Sg. Petani Kedah pada 4-5 Ogos 09. Semoga lebih bersemangat dan berjiwa kental dalam mempertahankan HPA dari segala mehnah dan tribulasi.



Tuesday, August 4, 2009

Demam
Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.
1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,
jaram dengan daun bunga cina.
HPA - Harapan Paling Akhir.
Dihantar JawiHerbShop Pada 7/31/2009 10:49:00 AM

H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan
teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba
Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Sunday, July 26, 2009

'DOTY' 2009

Syukur Alhamdulillah dengan anugerah 'DOTY 2009' di KONVEK HPA yang diadakan di MAEPS pada 25 Julai yang lalu

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan terutama pengarah Urusan Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad, PU2 Tn. Hj. Fisal Tajudin, Faisol Abd. Rahman (GM Al Wahida), Pn Rashidah Abd. Rahim (GM MIS) , En Rosli Yaakob (GM Akaun) , En Abd. Ghani (GM R&D)

Kepada ayahanda Hj. Faudzi Hj. Samad, Bonda Hjh. Khadijah Abd. Karim dan adik-adik Ros &Sapri, Zaki& Ita,Ida & Nas, Ana&Nazri, Salma, Kamal & Syakira terima kasih atas doa dan sokongan padu kalian

kepada isteri-isteri saya yang disayangi; PJE Siti Rahmah Ujang, PJE Nor Haida Rameli (Fatin), PJE Siti Noraniah Abd. Rahman (Asma') dan
puteri 2 Abi: Siti Nabilah, Siti Nur Nafisah, Siti Nur Nadhirah, Siti Nur Nazifah, Siti Nur Nasyitah, Siti Nur Najihah serta

putera2 abi : Muhammad Al-Fateh & Muhammad Al-Firdaus terima kasih kerana memahami perjuangan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan komitmen yang tinggi atas perjuangan bersama HPA ini

begitu juga ucapan terima kasih kepada upline saya PJM En. Rosmandi Ishak, yang telah memperkenalkan HPA kepada saya semasa saya menjadi staff UPM september 1996.

tidak dilupakan terima kasih kepada semua jaringan saya, Group sahabat Network di semua negeri dan di mana sahaja berada...

PJS2 KPA, KPU, KPT,KPMalaysia Timur dan semua ahli HPA.....









KONVEK 2009

Tahniah kepada semua yang telah menerima anugerah semasa konvek di MAEPS. Teruskan perjuangan, Insyaallah kejayaan pasti ada kepada mereka yang berusaha,sabar dan memberi komitmen kepada perjuangan produk halal ini. Ujian pasti ada tapi itulah perjuangan, Jadilah usahawan yang luarbiasa kerjanya demi mencari redha ILAHI....Insyaallah.... GEMPUR.....