Tuesday, January 26, 2010

Monday, January 18, 2010

GEMPUR 2010

Alhamdulillah PBC di hotel Residence, Uniten Bangi telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran mencecah 130 orang ini memberi momentum baru bagi tahun 2010.







KOWAHIDA TERIMA GERAN RM30 RIBU

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah menganjurkan Perasmian Projek Ternakan Lembu Fidlot Secara Kelompok Koperasi Negeri Perlis di Kg Sena Dalam, Batu 20, Jalan Padang Besar (U), Padang Besar Perlis pada 17 Januari 2010 jam 3.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Sabri bin Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis dan YB Dato' Mangsor bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Projek Ternakan Lembu Fidlot adalah projek pertama gabungan koperasi di Negeri Perlis dan pihak SKM juga Kerajaan Negeri berharap agar projek ini akan terus berjalan dengan jayanya. Majlis juga dimaklumkan mengenai projek gabungan kedua di Negeri Perlis iaitu Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA. Projek ini terdiri daripada 10 buah koperasi di Negeri Perlis termasuk Koperasi Wahida HPA Berhad dan telah melantik HPA Industries Sdn. Bhd. sebagai Konsultan. Majlis turut menyerahkan geran sebanyak RM 30,000.00 kepada sepuluh buah koperasi tersebut bagi menjayakan Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA.


En. Mohd Rosli bin Abu Bakar, Bendahari KOWAHIDA menerima geran RM 30,000.00 dari YB Menteri Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

Sunday, January 17, 2010

RCH KLUANG, JOHOR

Jemput datang ramai-ramai.


NANTIKAN KEMUNCULAN RADIX SPORT & RECRETIONAL CENTRE (RSRC)

RADIX SPORTS & RECREATION CENTRE merupakan satu lagi perkembangan terkini HPA. Dengan permainan futsal, archery, go kart dsbnya, Food court RCH dan pelbagai lagi akan mengumpulkan anak belia kearah rehlah Islami....













PERLANCARAN PRODUK BARU

25 JANUARI 2010 (ISNIN)
HOTEL DE PALMA AMPANG
8.30 MALAM

PERCUMA. HADIR RAMAI-RAMAI.











Friday, January 15, 2010

PJS BARU BAGI ZON SELATAN

Seramai tiga orang pengedar HPA telah dilantik menjadi PJS bagi Zon Selatan iaitu:

1) PJS ROSLI BIN DAUD 282421.MYOI
2) PJS NAZIADI BIN MARGINI 312849.MY01
3) PJS MOHD RAHIM BIN MUNTAWIL 190112.MY01


Tahniah diucapkan kepada PJS-PJS, diharap perlantikan mereka sebagai PJS dapat memberi motivasi kepada semua ahli yang HPA lain untuk meningkatkan usaha bagi mencapai Ta'awun 2010. InsyaAllah.
TAHNIAH KEPADA PJS BARU KELAB PEMIMPIN AL WAHIDA DILANTIK MULAI JANUARI 2010

309827.MY01 MOHD AASIM BIN KHALID
258679.MY01 ZAINON BT ISMAIL
272255.MY01 MOHD HARULNIZAN BIN ABD HAMID
000250.MY01 NORMAH BT ABD SATAR
024904.MY01 SAJARUDIN BIN TASIRON
000002.MY01 NOOR HAYATI BT YUNUS


Semoga diberikan kekuatan agar istiqomah di dalam perjuangan HPA. Harapan KPA agar PJS berperanan menghidupkan kelas mingguan, menganjurkan PBC dan aktif menghadiri program syarikat serta membantu meningkatkan jualan HPA ke arah 20 juta. Sama-sama kita eratkan ukhuwah dan silaturrahim serta bertaawun untuk mengangkat martabat ummah. Tahniah !

Thursday, January 14, 2010

KURSUS BEKAM MUSLIMAH

Pihak Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. anak syarikat HPA akan menganjurkan Kursus Bekam Muslimah yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 30 (Jam 8 pg - 6ptg) hingga 31 (Jam 8 pg - 5 ptg) Januari 2010 bersamaan 14 & 15 Safar 1431H.
Tempat : Dewan Kuliah, HPA cawangan Sungai Petani
Sasaran : terbuka kepada semua ahli HPA (Muslimah shj.)

YURAN PENYERTAAN ADALAH SEBANYAK RM50.00

Makan / minum, pengangkutan, alat bekam dan penginapan adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)

BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)

DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke
Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254

ATAU MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)

Wednesday, January 13, 2010

KURSUS PENJANAAN PENGARAH JATI BERKUALITI DI PAKA

Seramai 52 peserta yang terdiri daripada pengedar HPA berpangkat PLX-PR telah mengikuti Kursus Penjanaan Pengarah Jati Berkualiti yang di adakan pada 12 Januari 2010 (Selasa) bermula jam 3 petang - 12 malam di Rumbia Resort, Paka Dungun Terengganu. Kursus tersebut dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Terengganu dengan bayaran RM50 seorang. Pengarah program adalah PJS Ustaz Jamaluddin Jusoh.

PJM Hafidzan telah mengisi slot Ramah Mesra Bersama DOTY '09 (petang) dan Modul Penjanaan PJ Berkualiti (malam) termasuk bengkel. Sebelum program tamat, semua peserta membentangkan resolusi bersama iaitu mensasarkan PJ dan insentif ta'awun sebelum September 2010. Semua peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan berjanji akan menggempur PBC Paka dan PBC Marang serentak pada 22-23 Januari 2010. InsyaAllah.










































KULIAH PERUBATAN JAWI DAN PELANCARAN PRODUK BARU

Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan - Tuan Hj. Ismail Hj. Ahmad dan Pelancaran 3 produk baru.
Berikut merupakan butiran program :

Tarikh : 25 Januari 2010 / 9 Safar 1431H (Isnin)
Jam : 8.00 malam
Lokasi : Ballroom Hotel De Palma Ampang

Produk :

i) Penapis Air
ii) Radix Sahara
iii) Air Minuman Dew

Dijangkakan, Penapis Air HPA akan menjadi pesaing utama jenama lain di pasaran kerana kita telah bersedia menawarkannya pada harga yang paling kompetetif dengan kualiti yang terbaik. Saksikan demo penapis air yang istimewa ini.
Ajak dan bawa rakan kongsi/ prospek anda seramai mungkin.


Ayah...
terima kasih di atas segala jasamu membesarkanku
terima kasih di atas segala jasamu mendidikku untuk mengenal erti kehidupan ini
terima kasih di atas kasih sayangmu
terima kasih di atas segala-galanya
segala jasamu tidak terbalas olehku

Jumaat, tanggal 8 Januari 2010
jam 3.23 ptg

ayah sudah tiada
tiada lagi kucupanmu untukku
tiada lagi pelukan kasih sayangmu
tiada lagi senyuman manismu
tiada lagi kedengaran alunan azan merdumu
tiada lagi kedengaran alunan bacaan Al-Quranmu

yang tinggal hanyalah sebuah kerinduan
kak sentiasa doakan semoga roh ayah
dicucuri rahmat &
ditempatkan bersama orang yang beriman...

AL FATIHAH....

nukilan kasih sayang : Nor Haida Rameli @ fatin

saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat HPA diatas doa yang diberikan kepada ayahanda tercinta....

Sunday, January 10, 2010


MENARA HPA - IMPIAN BAKAL MENJADI KENYATAAN

Alhamdulillah. Menara HPA setinggi 12 tingkat yang bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam hampir siap. Dijangka menjelang pertengahan tahun ini maka bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks Al Wahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Saturday, January 9, 2010

Penajaan Semula Pengedar Tidak Aktif Sebelum 2006

Berkuatkuasa serta merta, pengedar HPA tahun 2006 dan sebelum yang dikategorikan sebagai tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru. Terma dan syarat adalah seperti biasa.

Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif. Sehubungan dengan ini HQ mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula.
Takziah Kepada PJS Fatin

Salam takziah kepada PJS Fatin (Nor Haida Rameli) dan keluarga di atas pemergian ayahandanya pada jam 3 ptg Jumaat, 8 Jan 2010 di Hospital Taiping. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Terima kasih kepada semua leader HPA yang menziarahi keluarga PJS Fatin di Kg. Kuak, Lenggong, Kuala Kangsar. Antaranya PJS Radiyati, PJS Aznin, PJ Norliza, PJE Cikgu Sani, PJ Cikgu Shafariah dan lain-lain.

al Fatihah.

Wednesday, January 6, 2010

PUSAT PERABOT PJS HPA


SIJIL HERBALIS KE 18


Bagi mereka yang berminat,

bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)
BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)
DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke

Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254
ATAU MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)
KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ)

Tarikh : 07 Januari 2010 ( Khamis )
Tempat : Hotel De Palma Inn Shah Alam
(Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19 40718 Shah Alam Selangor)
Masa : 8.00 Malam

Tarikh : 19 Januari 2010 ( Selasa )
Tempat : Ipoh (tempat akan diberitahu kemudian)
Masa : 8.00 Malam

Tarikh : 22 Januari 2010 ( Jumaat )
Tempat : Hotel De Palma Ampang
(Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang 68000 Selangor)
Masa : 8.00 Malam

INFO PRODUK BARU TAK LAMA LAGI


Nama Produk : Dew Minuman Berperisa (400ml)
NM : 0.5
Harga Pengedar : RM3.00 (S/M), RM3.50 (S/S)
Harga Pengguna : RM3.50
(S/M), RM4.00 (S/S)


Tea Tree Oil dengan formula VCO

TEA TREE OIL BERWAJAH BARU DENGAN FORMULA BARU



TAKZIAH Kepada PJS Ismail Othman
(Setiausaha Tribunal KPU)

Salam takziah kepada PJS Cikgu Ismail dan keluarga di atas pemergian ayahandanya Othman Ahmad.
Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh

KULIAH PERUBATAN JAWI DI HOTEL DE PALMA SHAH ALAM


TARIKH : 7 JANUARI 2010 (KHAMIS)
MASA : 8:30 MALAM
TEMPAT: BALLROOM HOTEL DE PALMA SHAH ALAM

Alamat penuh hotel:
HOTEL DE PALMA SHAH ALAM
Jalan Nelayan 19/15,
Seksyen 19, Shah Alam.
Tel: 03-55428080

Hadir beramai-ramai untuk menimba ilmu herba dan Perubatan JAWI daripada Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang memiliki kepakaran dalam ilmu herba dan perawatan sunnah.

GEMPUR KEHADIRAN … BIAR DEWAN KULIAH PENUH SESAK … TANDA KEBERSAMAAN DALAM MENEGAKKAN PERUBATAN ALAMIAH DAN ILAHIAH

Saturday, January 2, 2010

Informasi Ko Wahida HPA - BOLEH MELABURKAN SEMULA !

Bermula 1 Januari 2010 ini pelaburan saham KOWAHIDA adalah dibuka semula. Pelaburan boleh dibuat dengan mengonline wang anda ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat. Minimun pelaburan RM 200.00 + rm10 yuran keahlian kowahida dan Maksimum pelaburan RM 100,000.00 sahaja..















Stokis Bangi, PL Ust. Fadzil Ibrahim
KELAHIRAN TAHUN BARU 2010
SMS daripada Pengerusi Komuniti Cawangan Bangi, Ustaz Fadzil b. Ibrahim (adik Allahyarham Asri Rabbani). Stokis yang aktif di Bangi.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.13 pg td di hospital putrajaya. Berat baby 3.8 kg, lahir normal & dua2 sihat.."

Tahniah ! Kalau Presiden KPA 1.1.1971.... baby Ust. Fadzil 2.1.2010. Opps...... PJS Aznin Ujang (Pengerusi Komuniti Cawangan Kajang) lahir pada 2.1.1961.
Semoga anugerah dan rezki Allah ini dididik dengan Iman dan Islam serta akhlak mulia agar bermanfaat untuk ummah dan semoga insan baru ini dilimpahkan keberkatan dan redhoNya. Amin.

Tahniah Ust. Fadzil Ibrahim.......
&
Selamat Hari Lahir juga kepada PJS Aznin, Semoga terus berjaya bersama HPA.....












PJS Aznin Ujang bersama isteri tersayang Norliza Mukri
MALAM SATU MIMPI ...




MALAM SATU MIMPI ... Itulah tema persembahan konsert HPA Raihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM30 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan HPA mulai 15 Januari 2010.

Malam Satu Mimpi mengajak semua ahli HPA dan bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kump. Raihan serta pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung Kemanusiaan Palestin".


Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkarbonat HPA seperti Radix Cola, Sarsi, Oren dan pelbagai lagi perisa di dalam satu invois (air berkarbonat 1.5 liter sahaja) dan anda akan mendapat 1 kupon masuk ke konsert tersebut secara percuma. Pembelian tidak ada had dan ia bermula pada 1 Januari sehingga akhir bulan Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara, tengah, selatan, timur dan Borneo) pada tarikh dan masa yang akan di tentukan nanti. Disamping itu pihak Al-Wahida Marketing juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah bagi para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Bersama-samalah kita jayakan konsert ini dan memastikan produk-produk HPA terus diterima serta dinikmati bersama oleh semua pengguna tak kira di mana saja mereka berada. Yang pasti Gempur RADIX !!! Insya Allah ...