Wednesday, January 13, 2010



Ayah...
terima kasih di atas segala jasamu membesarkanku
terima kasih di atas segala jasamu mendidikku untuk mengenal erti kehidupan ini
terima kasih di atas kasih sayangmu
terima kasih di atas segala-galanya
segala jasamu tidak terbalas olehku

Jumaat, tanggal 8 Januari 2010
jam 3.23 ptg

ayah sudah tiada
tiada lagi kucupanmu untukku
tiada lagi pelukan kasih sayangmu
tiada lagi senyuman manismu
tiada lagi kedengaran alunan azan merdumu
tiada lagi kedengaran alunan bacaan Al-Quranmu

yang tinggal hanyalah sebuah kerinduan
kak sentiasa doakan semoga roh ayah
dicucuri rahmat &
ditempatkan bersama orang yang beriman...

AL FATIHAH....

nukilan kasih sayang : Nor Haida Rameli @ fatin

saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat HPA diatas doa yang diberikan kepada ayahanda tercinta....

2 comments:

Sahabat Network Negeri Sembilan said...

Semoga dicucuri rahmat Allah SWT ke atas ruh ayahanda PJS Fatin.Semoga diberi ketabahan mengharungi hari-hari yang mendatang.

Seeru 'ala barokatillah

Jamaluddin Yeop Majlis said...

Amin..