Thursday, October 29, 2009

LEBIH 200 AHLI HPA DAN ANGGOTA KOWAHIDA HADIRI TAKLIMAT

Satu majlis Taklimat KoWahida telah diadakan di Dewan Kenanga, Hotel Raudah, Kota Bharu Kelantan pada 27 Oktober 2009 (Selasa) bermula jam 9.15 malam. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi menerangan yang jelas berhubung keistimewaan melabur bersama KoWahida. 15 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah hadir. Presiden KPT, PJS Ust. Mohd. Ramizu serta AJK KPT turut hadir.

Alhamdulillah, seramai lebih 200 tetamu di sekitar Kelantan dan Terengganu hadir mendengar taklimat. Majlis dipengerusikan oleh PJM Hafidzan Faudzi selaku ALK KoWahida. Pengarah Suruhanjaya Malaysia Negeri Perlis, En. La'naian Hj. Jamil berkesudian hadir dan telah memberi nasihat, pesanan dan motivasi berhubung kepentingan menyertai KoWahida. Beliau amat yakin KoWahida akan menjadi Koperasi Terbaik Malaysia bilamana urustadbir KoWahida berjalan dengan baik.

Beberapa bulan yang lalu, KoWahida telah diberikan pengiktirafan oleh SKM Negeri Perlis sebagai Koperasi Terbaik Negeri Perlis.

Pengerusi KoWahida, En. Mohd. Faisol Abdul Rahman telah meyampaikan ucapan aluan dan menerangkan perkembangan KoWahida serta perancangan masa hadapan. Taklimat KoWahida telah disampaikan oleh Setiausaha KoWahida, En. Azizan b. Ahmad. Majlis juga dibuka kepada sesi soal jawab sebelum tamat pada jam 11.15 malam.

Monday, October 26, 2009

KEMERIAHAN MAJLIS PERASMIAN RFC KLUANG
Alhamdulillah, degan izinNYA... pada 24 Oktober 2009, Sabtu satu lagi sejarah HPA terukir. Perasmian Radix Fried Chicken (RFC) Kluang, Johor telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan Bacaan Ayat Suci Al Quran dan diikiuti persembahan Nasyid RAIHAN TAQWA.

Tetamu yang hadir terdiri daripada GM En. Mohd. Faisol, GM Ust Adnan Fadzil, Tn. Hj. Ir. Amiruddin (wakil pelabur), AGM-AGM, Staf, Presiden KPA, PJS-PJS dan pengedar seluruh Malaysia. Kehadiran yang amat luar biasa dianggar sekitar 1500 orang. Operasi RFC bermula pada sebelah ptg jam 2. Ahli HPA boleh menikmati Nilai Mata dengan setiap pembelian RM15.00 dengan 1 NM.

NANTIKAN PERASMIAN RFC DI MYDIN, MITC AYER KEROH MELAKA PADA 15 NOV, INSYAALAAH












































































































Friday, October 23, 2009

MASTER RADIX KINI DIFAIL DI MAHKAMAH

HPA kini telah memfailkan "trade discription order(TDO) untuk tindakan kes Master Radix. Sama-samalah kita doakan akan kemenangan di pihak kita.

Wednesday, October 21, 2009

Radix Pizza House (RPH)

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telahpun mula beroperasi pada 17 hb Oktb 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Seperti juga RFC (Radix Fried Chicken), RCH (Radix Chicken House), ROR (Radix Organic Recipe), ROC (Radix Oriental Cusine), RPH juga menawarkan Nilai Mata kepada pengedar HPA iaitu setiap pembelian RM15 dikira 1NM.




SALAM...
PIHAK Pejabat Pentadbiran Zon Selatan INGIN MENJEMPUT SEMUA PJS-PJS, LEADER-LEADER, AHLI-AHLI HPA DAN STAF KE PERASMIAN RFC KLUANG YG AKAN BERLANGSUNG PADA :

TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : NO.63 & 65 JLN RAMBUTAN, KLUANG BUSINESS CENTRE
(BERHADAPAN DENGAN KLUANG MALL)

BAGI PJS-PJS YG AKAN HADIR SILA DAFTARKAN NAMA ANDA DI PEJABAT ZON SELATAN (07-7722717/07-7733717) DENGAN SEGERA.
SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA PERASMIAN INI BERJALAN LANCAR ATAS SOKONGAN AHLI-AHLI SEMUA...

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN RFC DI KLUANG PADA 24/10/2009

09.00 pagi Ketibaan para tetamu
10.00 pagi Ketibaan Tuan Haji Md Jais Bin Hj Sardayy (ADUN MAHKOTA)
10.30 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
10.40 pagi Ucapan Pengarah Urusan
11.00 pagi Ucapan dan perasmian oleh ADUN
11.30 pagi Bacaan Doa
11.35 pagi Majlis Penyampaian Cenderahati
11.50 pagi Majlis Menandatangi Plug Perasmian
12.00 tgh Jamuan Makan
1.00 ptg Bersurai
Posted by PENTADBIRAN ZON SELATAN

Monday, October 19, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PJS AN STAF HPA ZON TIMUR

































Jamuan Hariraya Aidilfitri Zon Timur telah diadakan pada 15 Oktober 2009 di Paradise Deluxe Restorant di Kuala Terengganu. Tetamu yang hadir adalah GM, En. Mohd. Faisol, Pengurus Zon Timur, En. Ismail, Presiden KPT, PJS Ust. Mohd. Ramizu, Presiden KPA, En. Hafidzan dan PJS-PJS Zon Timur serta staf.
Majlis dipengerusikan oleh PJS Ust. Jamaluddin Jusoh Al Hafiz. Presiden Kelan Pemimpin Timur, Ust. Ramizu telah menyampaikan ucapan aluan. Di dalam ucaptama GM, beliau telah memberi suntikan motivasi serta perkembangan terkini HPA. Beliau menyatakan bahawa RFC dan RCH akan diwujudkan di Terengganu menjelang tahun 2010.

PBC UNITEN 17 - 18 OKT 2009


Ucapan penutup oleh PJM Hafidzan selaku pengarah program PBC Uniten, Bangi


Tahniah kepada Peserta terbaik wanita : Sharifah Rahmah Syed Mokhtaruddin & Peserta terbaik lelaki : Hairol anuar Idris serta tahniah juga kepada semua peserta PBC yang hadir....teruskan GEMPURRRR....

JAMUAN SYAWAL & ANUGERAH SAHABAT NETWORK TERENGGANU

Pada 16 Oktober yang lepas telah berlangsung Jamuan Syawal dan Majlis Anugerah untuk Sahabat Network Terengganu di Marang Village Resort,Terengganu pada jam 3 petang. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah PJM Hafidzan, PJE Fatin dan PJE Zaimah. Hampir 300 ahli sahabat network hadir pada hari tersebut dan 80 orang telah menerima hadiah bagi anugerah pangkat PRX sehingga PJE. Majlis ini adalah kerjasama PJM Hafidzan dan jaringan PJE Mastura serta PJE Haniza. Antara hidangan pada majlis tersebut adalah ketupat, kuih muih, Nasi Minyak, Mihun Tomyam, Laksa Timur, Mee goreng dan lain-lain lagi.

Tahniah di ucapakan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwahfillah antara jariangan sahabat network terus mantap dan terus bersemangat serta istiqomah bersama memperjuangkan produk halal bersama HPA ini

-sekian-

ALBUM 1

ALBUM 2

Tuesday, October 13, 2009

MASTER RADIX Kembali MENIPU PENGGUNA

GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoren di sekitar Sabah.Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Patani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.Tambah geram menerima sms Master Radix di jual di sebuah restoren di negeri Perlis.Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan 'mabuk ketupat' raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah "cukuplah dengan apa yang ada sekarang". Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.
I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan "MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS". I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Kepada semua warga yang membaca sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing.

Hasrat buka 100 RFC


HARIAN METRO
13 OKTOBER 2009 (M/S 25)

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.



Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti. Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

“Kami memperkenalkan banyak produk makanan baru seperti Radix mi kuning, sosej dan sate organik, makanan dalam tin, pelbagai jenis sos dan banyak lagi barangan yang disasarkan untuk kegunaan harian yang terjamin halal dan suci, sekali gus menjadi kekuatan syarikat.

“Pada masa sama, kami juga mensasarkan untuk membuka 100 RFC di seluruh negara yang mana apabila ia tercapai akan melonjakkan jualan kepada RM100 juta sebulan, sekali gus menjadikan HPA antara MLM yang mempunyai jualan melebihi RM1 bilion setahun di negara ini,” katanya sempena Konvek HPA 2009 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.




Konvek diadakan bagi meraikan pengedar terbaik MLM berkenaan yang menerima pelbagai insentif daripada wang tunai hingga pakej pelancongan ke Sepanyol, Australia, Indonesia dan pakej haji serta umrah.

Dalam Konvek HPA 2009, Hafidzan Fauzi dinobatkan sebagai Pengedar Lelaki Terbaik Tahun (DOTY) 2009 manakala Zaharah Mat Zain DOTY 2009 Wanita.

Sementara itu, Ismail berkata, selain RFC yang dibuka di Sungai Petani dan satu di Alor Setar, semuanya di Kedah, beberapa RFC lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat di Melaka, Kluang, Johor dan Perlis.Katanya, usaha juga sedang dijalankan untuk membuka RFC di Makkah dan berharap ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, lagi rangkaian restoran makanan segera milik HPA iaitu RCH turut mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka di Kodiang, Kedah menyebabkan beberapa lagi cawangan RCH kini dibuka seperti di Kangar, Perlis dan Alor Setar.“Antara makanan disediakan di RCH ialah ayam golek, ayam panggang, ayam goreng RFC, sate organik, nasi ayam, aiskrim Toyibbah (keluaran HPA), nasi itik, jagung bakar, jagung cup, pop corn dan semua jenis minuman HPA,” katanya.

Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my

Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN SYAWAL



Jamuan syawal anjuran Komiti Kajang telah diadakan semalam. Tahniah kepada komiti kajang sebagai usaha untuk mengadakan perjumpaan awal setelah berpuasa dan berhari raya.



Friday, October 2, 2009

PELUANG UNTUK ANDA DAN DOWNLINE ANDA DAPATKAN MODAL

KOPERASI WAHIDA KINI MENAWARKARKAN KEMUDAHAN MENDAPATKAN MODAL MELALUI URUSNIAGA JUAL BELI PRODUK HPA.

Projek Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah

PENGENALAN
Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.

KONSEP SYARIAH
Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.

KELAYAKAN PERMOHONAN URUSNIAGA JUAL BELI BERDASARKAN KONSEP MURABAHAH
Kelayakan Urusniaga Jual Beli ini mestilah;
1) Anggota Koperasi Wahida HPA Berhad
a) Telah menjelaskan modal syer minima mengikut Undang-undang kecil Koperasi Wahida Hpa Berhad, Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995 subsekyen 55(1) Bagi maksud 50(b) Akta, setiap anggota hedaklah melanggan dua ratus ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

2) Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
a) Telah mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia; atau
b) Mempunyai bonus minimum satu ribu lima ratus ringgit selama tiga bulan berturut-turut sebelum atau pada tarikh permohonan tersebut.

HAD URUSNIAGA
1) Minima lima ribu ringgit; atau
2) Lima kali bonus bulanan melebihi had minima; atau
3) Tidak melebihi seratus ribu ringgit; atau
4) Mengikut mana-mana jumlah yang terendah; atau
5) Bergantung pada kelulusan dan budi bicara Lembaga Koperasi.

KADAR KEUNTUNGAN
1) Sepuluh peratus enam bulan kadar tetap; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menetapkan suatu kadar keuntungan yang berlainan berasaskan kepada “Kadar Urusniaga Jual Beli Semasa”.

TEMPOH BAYARAN BALIK
1) Tidak melebihi enam bulan; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menimbangkan suatu tempoh lain mengikut budi bicaranya dari masa ke semasa.

** Walau bagaimana pun, sesuatu pembiayaan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dan rebat atas keuntungan boleh diberikan oleh Lembaga Koperasi mengikut budi bicara nya.

JAMINAN URUSNIAGA
1) Bonus bulanan bagi pengedar yang mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus bulanan penjamin bagi pengedar yang tidak mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
3) Seorang penjamin bagi pembiayaan yang kurang dari lima puluh ribu ringgit
4) Dua orang penjamin bagi pembiayaan yang berjumlah lima puluh ribu ringgit sehingga seratus ribu ringgit.

KELAYAKAN PENJAMIN
1) Mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus minima tiga ribu ringgit sebulan
3) Tidak melebihi 5 kali jaminan; atau
4) Nilai jaminan keseluruhan yang telah dibuat berjumlah minima seratus ribu ringgit mengikut mana yang terdahulu.

TABUNG PERLINDUNGAN URUSNIAGA JUAL BELI
Tabung Perlindungan Urusniaga ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah Urusniaga yang diluluskan jika peminjam mati atau ketidakupayaan kekal. Lembaga berhak melantik mana-mana syarikat insurans bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans akan ditolak dari jumlah Urusniaga yang diluluskan.

BORANG DAN DOKUMEN URUSNIAGA
1) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Wahida HPA Berhad dan hendaklah disertakan dengan:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini pemohon;
c) Salinan Surat Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing; atau
d) Salinan Surat Pengesaha lantikan Pengarah Jati Setia
e) Salinan Kad Pengenalan penjamin-penjamin (jika perlu);
f) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini penjamin-penjamin (jika perlu);

2) Permohonan pinjamam yang diluluskan, peminjam hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah dan di setemkan mengikut Akta Setem 1949.

3) Setiap penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dan disetemkan mengikut Akta Setem 1949.

dari blog kowahida
KHIDMAT MEMPERBAHARUI INSURAN
KENDERAAN BERMOTOR

Pihak KOWAHIDA memohon kerjasama semua Pengarah Jati Setia (PJS), PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA agar mengambil insurans takaful kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad.

Bagi mereka yang berminat untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian mulai kini.

Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:
1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

KAMI AKAN URUS UNTUK DAPAT NCD KENDERAAN ANDA dan AKAN URUS PENGHANTARAN CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu
Encik Shamsul Azrin Bin Saaid( 04 -977 3813 /14/ 019-4112717) atau terus ke pejabat KOWAHIDA Kangar, Perlis.