Tuesday, April 28, 2009

JAWIMEDHERB

Tuesday, April 28, 2009

JIKA BATUK BERLARUTAN

Jika batuk berlarutan kaedah pengubatan ini boleh digunakan iaitu satu sudu madu dicampur dengan 3 titis getah betik/papaya dari buah muda.InsyaAllah batuk akan berkurangan dan jangan makan buah anggur,buah mempelam/mangga,buah timun apabila batuk.Nanti ia akan menyebabkan batuk menjadi semakin teruk/parah.
Madu dengan air limau nipis/jeruk (ind) juga digunakan untuk rawatan batuk.Caranya perahkan air limau kedalam air suam segelas/air hangat.masuk madu satu sudu dan minum 2-3 kali sehari.
Posted by jawimedherb at 8:29 AM

KELEBIHAN PARAMARIA PLUS

1. Membetulkan masalah hormone wanita dan mengandungi pytoestrogen.
2. Mengandungi bahan anti-kanser.
3. Bersifat astringen sebagai anti radang dan ubat darah tinggi.
4. Menghalus dan menegangkan kulit .
5. Menguatkan jantung dan mengelakan serangan angin ahmar.
6. Mengembalikan perca persalinan terutama selepas bersalin.
7. Memberikan tenaga sepanjang hari
8. Mendatangkan keriangan dalam hidup dan mengelakan kemurungan.
9. Menguatkan rahim dan mengelakan keguguran
Posted by jawimedherb at
8:06 AM

PLANTISOL

Plantisol di hasilkan daripada benalu yang telah matang tumbuh diatas pohon jering (daun menjadi kuning).Ia berfungsi bagi penjafgaan kesihatan seperti:-
1. Menurunkan glukosa disamping mengaktifkan semula fungsi pankries.
2. Sumber tenaga alami
3. Ukuran dos mengikut nisbah tenaga yang diperolehi dari plantisol
4. Mengandungi susupan gula alami(sakarin) dari herba.
5. Benalu mengeluarkan sejenis kimia yang mematikan pohon tumpanganya(parasit) didapati sebagai ubatan anti kanser.Namun bagitu bahan ini muncul apabila kapsul dibuka dan dituangkan dengan air panas.
6. Penggantian kepada shark cartilage sebagai anti-kanser.
Posted by jawimedherb at 8:00 AM

HERBA DIURETIK

Air merupakan komposisi terbesar didalam darah iaitu 80%.Namun bagitu jika ginjal tidak berfungsi dengan baik menjadikan kandungan air dalam darah semakin tinggi.keadaan ini menyebabkan berlakunya kesukaran bernafas dan alat bantuan penafasan diperlukan.
Herba-herba yang bersifat diuretic sangat diperlukan untuk kes seperti ini.Produk malac,teh herba,teh asiatika dan health b (HB) merupakan pilihan utama untuk rawatan ini.Bahan utama komposisi produk-produk ini ialah pegaga dan lalang(malac) cuma ada sedikit cara gunanya yang berbeza iaitu malac perlu dibuka kapsul terlebih dahulu dan di larutkan dalam air mendidih.Jika tidak dibuka kapsulnya bahan aktif didalam akar lalang agak sukar diserap.Penggunaan air panas untuk memecahkan dinding selulus dan memudahkan penyerapan oleh tubuh.

Monday, April 27, 2009

UMRAH

Alhamdulillah saya bersama isteri telah selamat pulang daripada menunaikan umrah. Saya telah bertolak ke Madinah dan seterusnya ke Mekah pada 13 April dan pulang pada 26 April. Subhanallah inilah perjalanan yang amat bermakna buat saya, pertama kali melihat bumi para Anbiya' tak terungkap dengan kata-kata. Melihat sejarah perjuangan Rasulullah yang sanggup berkorban nyawa demi Islam yang tercinta sehingga Islamnya kita pada hari ini. Di sana saya sempat berdoa untuk semua ahli HPA khususnya kepada group sahabat network, agar berjaya mengetengahkan produk halal kepada masyarakat dan menjadi usahawan herbalis muslim yang berjaya bersama HPA Insyaallah.



Kenangan bersama sahabat2 serombongan dan yang berbaju hitam adalah mutawwif



gambar bersama isteri berlatarbelakangkan Gua Thur, tempat persembunyian Rasulullah daripada kaum musyrikin Mekah.




Insyaallah saya akan kembali.... untuk haji.....

KULIAH PERUBATAN JAWI
BERSAMA PENGARAH URUSAN TN. HJ ISMAIL AHMAD
Tarikh : 29 April 2009
Tempat : Hotel De Palma Ampang
Masa : 08.30 mlm

Jom kita pakat pi ramai-ramai dengar kuliah ilmu. Ajak sume rakan niaga anda
jumpa di sana.... di sana


TIKET KONVEK

KONVEK HPA atau hari raya HPA akan di adakan pada :
Tarikh : 25 Julai 2009
Tempat : Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)/ tapak MAHA
Masa : 08.00 pg - 4.00 ptg
Jom kita ajak semua ahli sahabat network hadir kerana Majlis ini amat penting dalam memberi suntikan semangat untuk berjaya kerana majlis ini adalah majlis penganugerahan kepada pemimpin2 HPA yang telah berjaya dan tempat penyatuan semua ahli HPA di seluruh Malaysia dan ada juga jemputan daripada negara2 lain yang bersama HPA contohnya, Indonesia, Brunei, Singapura dll.
Tiket boleh didapati daripada PJS-PJS sahabat network
1. PJS Hafidzan : 013 2082550 (Lembah Klang)
2. PJS Fatin : 013 3962550 (Lembah Klang)
3. PJS Aznin : 019 2711535 (Lembah Klang)
4. PJS Radiyati : 017 6257566 (Lembah Klang)
5. PJS Zamri : 019 3825141 (Lembah Klang)
6. PJS Zaimah : 019 9899835 (Bentong)
7. PJS Fadhilah : 019 6561050 (Melaka)
8. PJS Zahirah : 013 6137313 (Melaka)
9. PJS Nasimah : 013 8518519 (Melaka)
10. PJS Khalilah : 019 4288416 (Perak)
Tiket berharga RM 50 termasuk makan dan ada cabutan bertuah

Sunday, April 26, 2009

SIAPA SAHABAT NETWORK

Untuk pengetahuan semua blog group sahabat network ditubuhkan bertujuan untuk memberi info semasa berkaitan dengan HPA dan merupakan satu wadah untk mengeratkan ukhuwah sesama ahli sahabat network walau dimana berada dan melihat aktiviti yang dijalankan oleh sahabat-sahabat kita. Group sahabat network adalah group di bawah jaringan PJM Hafidzan Faudzi dan kita adalah satu keluarga.

Satu keluarga di mana memperjuangkan produk halal sebagai satu tuntutan dan tanggungjawab kita bersama

salam ukhuwah untuk semua