Thursday, December 31, 2009




SAMBUTAN TAHUN BARU 2010

Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.

Peluang saksi fenomena bulan gerhana

Utusan Malaysia 24 Dis 09 - Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.


Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.

Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.

2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/pembahagian2.htm

Wednesday, December 30, 2009

MENTERI BESAR KELANTAN SAMBUT ROMBONGAN AHLI LEMBAGA KOPERASI KOWAHIDA DENGAN PENUH SENYUMAN

Hari ini dalam sejarah ! Rombongan 14 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kowahida telah mengunjungi YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan tepat jam 12.45 tgh pada 30 Disember 2009 di Pejabat Menteri Besar.

Matlamat kehadiran ALK Kowahida adalah untuk menyerahkan pembayaran zakat perniagaan Kowahida kepada kerajaan Negeri Kelantan di bawah PERKIM yang berjumlah RM249,000.00. Tuan Guru telah menerima replika cek zakat tersebut daripada Penerusi Kowahida, En. Mohd. Faisol dan seterusnya menyerahkan kepada Dato' Nik Amar selaku Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan.

Menteri Besar amat mengalu-alukan penglibatan HPA dan Kowahida di dalam membangunkan industri produk halal di Kelantan. Malah Tuan Guru telah mencadangkan beberapa produk keperluan yang harus dikembangkan seperti Radix Cereal (berasaskan oat) dan lain-lain. Alhamdulillah, Tuan Guru adalah pengamal Kopi Radix dan Radix Cereal.

Sejurus sahaja penyerahan mock up check tersebut, Tuan Guru telah membacakan doa semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam perniagaan HPA dan Kowahida termasuk kesejahteraan ummah. Sesi terakhir, wartawan akhbar tempatan telah menemuramah En. Mohd. Faisol berkaitan Kowahida dan bergambar beramai-ramai bersama Tok Guru !

























































Sebelum kami ke Pejabat Menteri Besar, kami berkesempatan melawat outlet untuk Radix Chicken House (RCH) beralamat MK3-068, Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre, Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan yang akan mula beroperasi Mac 2010. InsyaAllah. Minggu hadapan kerja-kerja renovasi akan bermula. Bersebelah lot RCH tersebut, adalah Pusat Jualan PJS Zawiyah @ Kak Nor. Kota Bharu Trade Center (KBTC) adalah mall membeli belah yang baru beroperasi sejak November 2009. GEMPURRRR HPA TAHUN 2010 ! 25 TAHUN PTA &HPA....JUBLI PERAK.










DEWAN PENUH DAN MERIAH DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM

Bermula jam 9.15 malam bertempat di Dewan Kenanga, Hotel Raudhah pada tanggal 29 Disember 2009. Kehadiran yang cukup ramai lebih 300 orang bagi mendengar Motivasi dan Taklimat Insentif Ta'awun daripada GM En. Faisol dan 3 wakil KPA,KPU dan KPT telah dipengerusikan oleh PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis. Antara PJS yang hadir adalah PJS Fatin, PJS Khalid Iskri, PJS Hj. Ramli, PJS Cikgu Romli, PJS Zawiyah @ kak Nor dan ramai lagi.

Setelah pengerusi majlis menyampaikan alu-aluan, PJS Hj. Ismail Othman selaku Setiausaha Majlis Tribunal KPU dijemput untuk memberikan motivasi dan perkongsian pengalaman. Beliau telah menceritakan pahit manis perjalanan dan perjuangan HPA untuk sampai ke tahap sekarang. Sudah pasti... jawapannya adalah pengorbanan dan kesetiaan yang tinggi oleh pengedar HPA. Presiden KPU, PJS Tn. Hj. Azizan tidak dapat hadir disebabkan baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadat haji.

Majlis diteruskan dengan suntikan motivasi yang telah disampaikan oleh Presiden KPA, PJS Hafidzan Faudzi. Beliau menyatakan bahawa HPA telah berada di persada global mencecah usia jubli perak iaitu genap 25 tahun pada tahun 2010. PTA yang telah ditubuhkan sejak 1985 dan sehinggalah sekarang HPA telah menunjukkan kematangan dalam industri MLMS dan pengeluaran produl halal dan baik.
Sebagai wakil tuan rumah, Presiden KPT, PJS Ust. Mohd. Ramizu telah mengupas pentingnya setiap pengedar samada baru atau lama...tetap mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di atas landasan perjuanagn HPA. Konsep ta'awun mesti diperkukuhkan untuk memastikan HPA terus mantap dan menjadi pilihan utama terutamanya umat Islan di seluruh dunia. Beliau berpesan agar setiap pengedar menghindari sebarang permusuhan dan perpecahan.

Pengerusi majlis telah memberi laluan kepada PJS Cikgu Man untuk memberikan suntikan dan rangsangan keusahawanan HPA talah disambut dengan lanungan HPA Boleh ! yang sangat kuat dan bertenaga sehingga memecah kesunyian malam di bandar Kota Bharu.

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu.... Tuan GM, En. Mohd. Faisol telah mengisi slot utama dengan memberi taklimat Insentif Ta'awun yang terperinci hampir 1 jam. GM memaklumkan juga pembukaan RCH di Kota Bharu Trade Centre pada bulan Februari di mana kerja renovasi akan bermula minggu hadapan. GM juga telah menyatakan bahawa pada 30 Disember jam 2.30 petang, akan diadakan Majlis Penyerahan Zakat KoWahida berjumlah RM 249,000 kepada kerajaan Kelantan di pejabat Menteri Besar. Semua ALK akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, insyaAllah.

Majlis di tamatkan pada jam 11 malam dengan harapan dan semangat baru dan luar biasa dari semua hadirin. gempurrrr........














Tuesday, December 29, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) KALI KE-11

Mesyuarat ALK telah diadakan pada 29 Disember 2009, Selasa, jam 9 pagi di Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan. Kesemua ALK hadir kecuali Setiausaha, Tn. Hj. Azizan yang baru pulang dari Mekah. Mesyuarat tamat pada jam 1.00 tgh. Agenda penting adalah meluluskan keahlian koperasi dan pelaburan bagi bulan November 2009.
Keanggotaan KOWAHIDA setakat ini berjumlah 8352 orang dengan modal RM16juta. Memandangkan kepada minat pengedar untuk menganggotai KOWAHIDA semakin meningkat; adalah perlu agar modal maksima yang dibenarkan dapat dibincangkan dalam mesyuarat agong yang akan datang.
Termasuk cadangan pelaburan bagi penyewaan peralatan RCH Kluang, Ipoh dan Kota Bharu. Mesyuarat bersetuju meluluskan penyata kewangan bagi bulan Nov. Semoga AllAH SWT memberikan kepada kita semua untuk terus memberi sokongan padu kepada kewujudan KOWAHIDA. Mesyuarat akan datang pada 26 Januari 2010 di Pulau Pinang.


























KULIAH PERUBATAN JAWI DI KUALA TERENGGANU
Alumni Herbalis Batch 1-17 Bersama Pengarah Urusan HPA

Perjumpaan Agung bagi Sijil Herbalis Batch 1-17 buat julung pertama kalinya telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang Kuala Lumpur pada tarikh 22HB Disember 2009.
Perjumpaan Agung yang bersejarah ini amat-amat bermakna buat mereka semua (Peserta Herbalis Batch 1-17) kerana disamping mereka memperolehi ilmu yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad mereka juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama mereka kerana sebelum ini kemungkinan mereka tidak mengenal lagi antara satu sama lain. Insya Allah kita mendoakan semoga dengan perjumpaan pada akan datang akan terus berkekalan.

Monday, December 28, 2009

MOTIVASI KEUSAHAWANAN HPA DAN TAKLIMAT INSENTIF 2010 DI MASJID SERENDAH BERSAMA

PJS Hafidzan Faudzi
Presiden Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA)

Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman
Panel Syariah HPA dan Pengerusi Komuniti Rawang

PJ Mohd. Jamil Othman
Timbalan Pengerusi Kominiti Rawang

Tarikh : 1 Jan 2010, Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Masjid Serendah

Hadir ramai-ramai. Sila bawa prospek anda.









Kursus Keusahawanan Herbalis (JHS)

Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi Perlis bersama Tn. Hj. Ismail, PU
Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja.

Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:-

1. Ilmu kiropraktik asas
2. Ilmu kiropraktik(advance)
3. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi
4. Selangkah ke alam herba(Taman herba Perlis)
5. Tiru Macam saya - usahawan herbalis.
6. Praktikal & soaljawab langsung dengan PU.

Pihak JHS hanya akan menerima 50 orang terawal yang mendaftar dan mereka yang membuat bayaran RM200 sebagai bukti penyertaan.
Semua pemohonan hendaklah melalui pejabat pengurus Zon Masing-masing.
MALAM MOTIVASI HPA DAN TAKLIMAT INSENTIF TA'AWUN 2010
Hadir ramai-ramai ! KELANTAN DARUL NAIM....

Motivasi HPA dan Taklimat Insentif 2010 Bersama

Pengurus Besar HPA - En. Faisol Abd. Rahman
Presiden KPT - PJS Ust. Mohd. Ramizu
Presiden KPU - PJS Hj. Azizan
Presiden KPA - PJS Hafidzan

Tarikh : 29 Disember 2009, Selasa
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Ballroom Hotel Raudah Kota Bharu Kelantan










Sunday, December 27, 2009

SALAM TAKZIAH


GM mewakili seluruh warga HPA dengan rasa sedih dan pilu mengucapkan takziah kepada PJS Ahmad Zaki Md Noor diatas kematian abang dan kakak ipar beliau dalam tragedi kemalangan bas ekspress di Lebuhraya PLUS dekat Ipoh malam tadi. Al Fatihah.

Friday, December 25, 2009

TAKLIMAT INSENTIF TA'AWUN 2010 BUAT SELURUH PENGEDAR KELANTAN DAN TERENGGANU

Perjumpaan dengan Seluruh Pengedar HPA Kelantan & Terengganu BERSAMA GM MENGENAI INSENTIF TA AWUN 2010

29 Disember 2009, Selasa, jam 8.30 malam di Hotel Raudah Kota Bharu
31 Disember 2009, Khamis,jam 8.30 malam di Park Inn Kuala Terengganu.

Pastikan kita meraih insentif LUAR BIASA.

SILA HADIR RAMAI-RAMAI. BAWA PROSPEK / DOWNLINE TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

Thursday, December 24, 2009

PERASMIAN RFC MELAKA

RADIX FRIED CHICKEN (RFC) DI DALAM MALL

Kebanggaan ahli-ahli HPA seluruh Malaysia, khususnya di Melaka apabila RFC yang pertama di dalam mall iaitu MYDIN Ayer Keroh Melaka telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail Ahmad pada 24 Disember 2009 jam 10 pagi.

Terletak di tingkat satu yang bersebelahan surau dan 'escalator' menjadikan RFC berlokasi strategik. Menjadi tumpuan ramai sejak jam 9 .30 pagi lagi, pemimpin dan ahli HPA dari Utara, Selatan dan Tengah sekitar 300 orang sama-sama meraikan majlis gilang gemilang tersebut.

Antara pemimpin yang turut hadir adalah PJM Hafidzan, PJM Rosmandi, PJM Siti Habibah, PJS Hj. Marjuni, PJS Rahmat, PJS Roslina, PJS Fatin, PJS Siti Rahmah, PJS Rosjulila, PJS Shafie, PJS Zahirah, PJS Nasimah, PJS Fadhilah dan PJS Fauziah.Tetamu VIP yang hadir adalah Pengarah Urusan 2, Tn. Hj. Fisal, Pengurus Besar RFC, Ust Ahmad Adnan Fadzil, PJI Hjh Norhayati Yunus (pelabur), Pn. Famieza, Pn. Siti Hazliana dan Pn. Zaimah.












Wednesday, December 23, 2009

SEMINAR HALATUJU HPA 2010 DAN PELANCARAN INSENTIF TA'AWUN 2010

Seramai 200 orang peserta di kalangan PJS dan wakil Komuniti telah hadir di Ballroom, Hotel De Palma Ampang pd 24 Disember bermula 10 pagi sehingga 5 petang. Dimulakan aluan daripada Presiden KPA, Hafidzan b. Faudzi. Selepas itu GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah memberi taklimat tentang insentif ta'awun 2010. Selepas itu, giliran Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman membentangkan tajuk Muhasabah, Hijrah dan Halatju Organisasi Muslim : HPA . Sebelah petang, Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail telah memberikan kata perangsang yang penuh semangat sehingga ada peserta yang mengalirkan air mata. semua peserta melaungkangkan gempur radix ! dan bertakbir.... Allahuakbar !