Thursday, December 30, 2010

WAKIL ELITE TEAM MALAYSIA.......


PJS Hj. Rosmandi, PJ Ismahali dan PJ Shamsul Kamal akan menyertai Prog. Elite Team HPA Indonesia di Bogor dan Jakarta pd 13-15 Jan. Tahniah !

Khas buat Ahli HPA di Sabah, Sarawak dan Brunei

LOKASI:

1) DEWAN PUSTAKA MIRI, SARAWAK
2) PERKAMPUNGAN PERTONAS MIRI, SARAWAK

4 MARCH 2011 (JUMAAT)

PROGRAM:BENGKEL AGEN STOK (PAGI)
MOTIVATOR:PUAN RASHIDAH ABD RAHIM
SASARAN PENGGUNAAN SISTEM ONLINE KPD AGEN STOK

4 MARCH 2011 (JUMAAT)

PROGRAM:SEMINAR MLMS (MALAM)
MOTIVATOR:UST AHMAD ADNAN

5 - 6 MARCH 2011 (SABTU,AHAD)

PROGRAM: MEGA PBC
MOTIVATOR:PENGARAH URUSAN / EN MOHD FAISOL / PJS HAFIDZAN

6 MARCH 2011 (AHAD)

PROGRAM: PENUBUHAN PELAPIS / PJS BORNEO
MOTIVATOR: PENGARAH URUSAN / EN MOHD FAISOL / PJS HAFIDZAN


- sumber blog GM

KONVEK 2010 DI PICC




Acaran Tahun HPA akan berlansung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 5 Februari 2011. Jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket masuk RM50.00 seorang termasuk makan buffet dan cabutan bertuah yang istimewa.
Gempur 2011 !!!


INFO SEMASA


Kenyataan Resmi Program Waktu Malam.

Salam

Kepada PJS, Pelapis, Pimpinan Komuniti dan Staff Cawangan HPA Malaysia
Sehubungan dengan isu program khusunya di waktu malam, berikut adalah kenyataan resmi dari AWM.

Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;

1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakan salah faham.
2. Program hendaklah di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.
3. Mematuhi peraturan seperti menjaga harta, kebersihan dan hal hal yang berkaitan dengan cawangan.

Sekian. Wasallam

sumber blog GM

Kenyataan Resmi Program Waktu Malam.

Salam

Kepada PJS, Pelapis, Pimpinan Komuniti dan Staff Cawangan HPA Malaysia
Sehubungan dengan isu program khusunya di waktu malam, berikut adalah kenyataan resmi dari AWM.

Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;

1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakan salah faham.
2. Program hendaklah di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.
3. Mematuhi peraturan seperti menjaga harta, kebersihan dan hal hal yang berkaitan dengan cawangan.

Sekian. Wasallam

sumber blog GM

Tuesday, December 21, 2010

PROGRAM BERSAMA GM


Gempur Ramai-ramai...... Program Bersama GM, En. Mohammad Faisol di HPAic pada Esok, 22 Dis, Rabu jam 9 malam - 11 malam. Diminta semua PJS dan Pelapis hadir bersama rangkaian masing-masing. Tajuk `Apa itu Perniangaan MLM'

Saturday, December 18, 2010

Konvek HPA 2010

Majlis Anugerah HPA 2010.
Pada 05hb Feb 2011.
Di PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC).
Pada Konvek 2009 Hampir 5000 Orang hadir.
Dengan kehadiran Seluruh Pengurusan Tertinggi HPA.
Para leader / PJS dan Ahli HPA Seluruh Negara Malaysia, Brunai dan Indonesia.
Dijangka Konvek 2010 dijangka lebih meriah dengan kehadiran ahli dari Thailand, Kemboja, Filipina
Web Rasmi HPA : http://hpa.com.my

Friday, December 3, 2010

KURSUS PRA HERBALIS




Modul Menarik disediakan :
Perubatan JAWI, Asas Akupuntur, Asas Iridologi (mengesan penyakit melalui anak mata) dan Asas Pembetulan Tulang Belakang (kiropraktik)

Sunday, November 28, 2010

PERUBAHAN TEMPAT UNTUK MEGA PBC


MEGA PBC TELAH BERUBAH TEMPAT DARIPADA HOTEL DE PALMA SHAH ALAM KE HOTEL DE PALMA AMPANG

Saturday, November 20, 2010

ARAHAN GM....SYARAT STATUS PJS

Info khas untuk Para Pelapis

Salam

Kepada para Pelapis dan mereka yang bakal memohon Pelapis yang akan hadir dalam program khas pada 14 & 15 hb Dis 2010 di Sg. Petani dikehendaki bersiap sedia dari segi fizikal dan mental serta mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh syarikat.

Arahan dari AWM akan di salurkan kepada Presiden Pelapis dan dengan ini GM meminta supaya para Pelapis segera merujuk kepada Presiden masing-masing.

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Presiden sahaja di terima masuk dalam program terrsebut. AWM tidaka akan sama sekali melayan mana-mana peserta yang tidak di daftarkan melalui Presiden masing-masing.

Ini adalah sebagai latihan membina kepimpinan sebelum di serapkan ke PJS nanti. Selepas ini tidak akan ada perlantikan PJS di luluskan tanpa melalui KELAB PELAPIS.

SUMBER DARI BLOG GM

PROGRAM PELAPIS DAN PERJUMPAAN PJS SEMALAYSIA

TENTATIF PROGRAM PERJUMPAAN PJS DAN PELAPIS PJS
15 HB DISEMBER 2010/ 09 MUHARRAM 1431 H (RABU)


1.30 PTG : PENDAFTARAN PESERTA

2.30 PTG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

2.40 PTG : SLOT PERTAMA

TAJUK : TAKLIMAT KONVEK 2010
OLEH : PENOLONG PENGURUS ZON TENGAH - PUAN ZAIMAH BT ISMAIL

3.10 PTG : SLOT KEDUA

TAJUK : PEMBENTANGAN PERUBAHAN INSENTIF DALAM BUKU PELAN PEMASARAN HPA
OLEH : PENGURUS BESAR AWM – EN. MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN

4.00 PTG : UCAPAN PENUTUP MAJLIS OLEH PENGARAH URUSAN HPA - TN. HJ. ISMAIL BIN HAJI AHMAD

4.30 PTG : LAGU PELAPIS (GELOMBANG KEJAYAAN)

4.40 PTG : DOA PENUTUP

4.45 PTG : MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR

5.00 PTG : BERSURAI


TENTATIF PROGRAM KEJAYAAN PELAPIS
14 HB DISEMBER 2010/ 08 MUHARRAM 1431 H (SELASA)

8.00 PG : PENDAFTARAN PESERTA DAN SARAPAN PAGI

9.00 PG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.10 PG : BACAAN DOA

9.15 PG : BACAAN KALAM ILAHI

9.30 PG : UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH URUSAN HPA TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

9.50 PG : LAGU PELAPIS (GELOMBANG KEJAYAAN)

10.05 PG : MODUL PERTAMA

TAJUK: KEFAHAMAN DALAM MLM SYARIAH (MLMS) MENGIKUT HUKUM ISLAM DAN SESI SOAL JAWAB
OLEH : USTAZ AHMAD BIN ALI

12.00 T/HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR

2.00 PTG : PENDAFTARAN PESERTA

2.30 PTG : MODUL KEDUA

TAJUK: PERANCANGAN DAN STRATEGI PELAPIS DALAM MENGUKUHKAN
RANGKAIAN MLM SYARIAH (MLMS) HPA TAHUN 2011

OLEH : PENGURUS BESAR AWM- EN. MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN

3.30 PTG : GAMES 1

3.40 PTG : MODUL KETIGA

TAJUK: FOKUS PROGRAM PBC DAN KELAS MINGGUAN DIJADIKAN SEBAGAI TAPAK
ASAS MENGGEMPUR SET MAKANAN KESIHATAN
OLEH : PRESIDEN KPA-PJS EN.HAFIDZAN BIN FAUZI

4.40 PTG : RIADAH PETANG

5.00 PTG : MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR

8.00 MLM : MAKAN MALAM

8.30 MLM : PENDAFTARAN PESERTA

9.00 MLM : MODUL KEEMPAT

TAJUK: BAGAIMANA MEMBINA KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG HERBALIS DALAM
PERNIAGAAN HERBA
OLEH : PJS PUAN SHARIFAH BT SULAIMAN

10.30 MLM : GAMES 2

10.45 MLM : BERSURAI


15 HB DISEMBER 2010/ 09 MUHARRAM 1431 H (RABU)

6.00 PG : SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN KULIAH SUBUH

TAJUK: KEPENTINGAN DALAM MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN MENURUT
PANDANGAN ISLAM
OLEH : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL

8.00 PG : PENDAFTARAN PESERTA DAN SARAPAN PAGI

9.00 PG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.10 PG : MODUL KELIMA

SLOT MOTIVASI: TAJUK –KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG USAHAWAN MLM SYARIAH
OLEH : PJS ZULCHAIDIR FIRLY RAMLI

10.10 PG : GAMES 3

10.20 PG : MODUL KEENAM

SLOT MOTIVASI: TAJUK-KEPENTINGAN PELAKSANAAN THIBBUN NABAWI DALAM
PERNIAGAAN MLMS
OLEH : PJS BAGUS HERNOWO

11.20 PG : GAMES 4

11.30 PG : SESI SOAL JAWAB BERSAMA PANEL SYARIAH

TAJUK : KUPASAN KEPENTINGAN DALAM MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN
MENURUT PANDANGAN ISLAM
OLEH : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL DAN USTAZ AHMAD BIN ALI

12.00 T/HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR

Thursday, November 18, 2010

Thursday, November 11, 2010

Saturday, November 6, 2010

Tuesday, November 2, 2010

HPA BAKAL BUKA PASARAYA.... TERUS GEMPURRRR !



HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.

Sumber: Harian Metro Business News 1 Nov 2010

Sunday, October 31, 2010

SELAMAT BERJUANG !


Selamat Berjuang !

Salam perjuangan buat semua ahli HPA... khususnya Sahabat Network. Setelah jauh kita menyusuri perjalanan ini, Allah masih berikan kita kekuatan. Kita tetap teguh mendokongi amanah ini.

Namun, antara kita dikatakan kepenatan, ada yang keciciran dan... ada yang mencemuh perjuangan murni ini. Kembalikan niat suci kita... bangunkan aqidah ! bangunkan muamalat Islam, bangunkan ekonomi ummah, bangunkan kesedaran tentang halal dan baik.

Musuh kita berada di luar... dan di dalam jamaah ini. Berwaspadalah. Jangan tertipu dengan tusukan jarum halus yang akhirnya perjuangan ini di pandang sinis dari mereka yang tiada ikhlas.

Sahabat-sahabat sekalian,

Bina kekuatan, bina semangat, luruskan niat dan atur langkah untuk bergerak kukuh. InsyaAllah, puncak kejayaan yang hakiki sedang menanti. Amin.

Hafidzan

ZAKAT KOWAHIDA 2009


Pihak Koperasi Wahida telah menyerahkan sumbangan Zakatnya bagi tahun 2009 berjumlah RM 200 000.00 kepada Tabung Amanah Tok Kenali. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Maat di Negeri Kelantan

NANTIKAN .....MENGGEMPARKAN !!!

TERUS GEMPUR... WAHAI USAHAWAN HPA


Thursday, October 28, 2010

GAMAT HPA


Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.



Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat

Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat

Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat

Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat

Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
Aktiviti antioksidan.
Anti-tumor (membantutkan tumor)
Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
Mengurangkan rasa sakit
Meningkatkan tahap imuniti
Anti inflammatory dan antiulcer
Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
Membunuh parasit malaria
Mempercepatkan proses membetulkan tulang
Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA

Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

Khasiatnya terbukti
Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml


Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8

Tuesday, August 3, 2010

MULA ATUR LAWATAN KE SHAH ALAM


Sila atur lawatan ke HPAIC Shah Alam pada 2 Oktober 2010 sempena perasmian Mercu tanda HPA dan lambang ukhuwah dan kekuatan kita bersama.


BERITA SEMASA, FB PU HPA

No.1: HPA menyokong Kementrian Pendagangan agar mengenakan hukuman yang berat kepada pengusaha skim cepat kaya kerana ini boleh membinasakan ekonomi sebuah negara. Lagipun skim cepat kaya adalah peniagaan yang dilarang dalam ugama. Haram mereka yang bergiat didalamnya.

No.2: Perubatan Jawi Kini HPA sedang berusaha menyiapkan pusat hatchery nya sendiri dan dijangka tidak lama lagi akan mampu mengeluarkan hampir sejuta ekor ayam/satu pusingan. Tahniah pada team HPA Farm & R&D yang berkerja keras untuk itu.

No.3: Terima kasih pada penternak ayam kg Kulim,Pasir Putih Kelantan atas kesediaan menjadi kumpulan pengeluar ayam organik HPA khusus di Pantai Timur.Semoga bekalan ayam mencukupi InsyaAllah.

No.4: Selamat Datang kumpulan Nasyid UNIC ke HPA semoga kita sinergikan dunia Nasyid dan dunia bisnis menjadi ruang ibadah yang berterusan.

No.5: Perasmian kilang Plastik HPA di Sungai Petani pada 20hb Ogos .InsyaAllah (bersaman dengan majlis buka puasa.)Semua ahli dijemput hadir.

No.6: Majlis perasmian RFC Jitra Kedah pada 15/8/10 .InsyaAllah bersamaan dengan majlis buka puasa . Terima kasih pada semua warga HPA yang menyokong peniagaan HPA walaupun dimana berada.

No.7: Selamat Jalan kepada HPA Raihan ke Irian Jaya membuat persembahan di negeri yang jarang sekali artis mau datang kesana. Inilah Musafir namanya…yang penting seni itu berapa pada tempatnya iaitu hiburan yang tidak melupakan Allah dan Rasul. Teman-teman herbalis HPA di Fak Fak bantu Raihan disana.TK.

No.8: Selepas minum air alkalize kena minum air banyak kerana proses menukar asid dalam badan ke alkali menyebabkan kencing banyak.perlu minum banyak mengelakan kekeringan air.
No.9: Melaka Halal Hub juga akan menjadi pusat pentadbiran baru HPA Zon Selatan.Ini berdasarkan kemudahan yang ada serta pembukaan 2 buah lagi kilang HPA disitu iaitu kilang Kola Radix dan Kilang penapis air.InsyaAllah.

No.10: HPA Halal Mart Putra Jaya sudah siap 50% dijangka akan siap sebelum ramadhan.InsyaAllah.

No.11: Produk dari MHH laris dipasaran MLM HPA.Syukur…jualan HPA Halal Mart di MHH juga turut meningkat. lawatan tidak putus-putus dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta.Urusniaga hampir mencapai satu juta ringgit setelah 4 bulan pertama dibawah HPA.
No.12: Jawi Air Minuman HPA kini ditukar nama “Radix Mineral Water” dengan tudung biru .Status air mineral dari telaga bawah tanah yang di Izinkan oleh KK.

No.13: Rumbungan umrah HPA bulan ramadhan akan bertolak pada 11 ogos ini di pimpin oleh ustaz Jasni dari HPA Ilham Holiday. Doakan untuk mereka dan doakan pula kepada HPA di tanah suci.

No.14: PIC Khas pada 7 dan 8 Ogos akan membincangkan tentang semua produk HPA di Pasaran. Masih lagi dibuka pada semua ahli. daftar segera.

No.15: Hampir 95% cawangan dan HPA Halal Mart mencatat peningkatan jualan pada bulan Julai Peningkatan jualan berlaku hasil PBC yang berterusan dan produk yang kini memenuhi cawangan.Terima kasih pada semua.

No.16 : Jualan RFC Kubang Kerian mengatasi semua jualan RFC ditempat lain dan peningkatan jualan berlaku dalam walaupun hari biasa.

FB PU HPA : @perubatan jawi

MEGA PBC RAMADHAN


BEKALAN AYAM MENCUKUPI MENJELANG RAMADHAN DAN IDILFITRI


Alhamdulillah..... bekalan ayam sedang diedarkan ke seluruh negara. Berkat kesabaran pengedar/ ahli HPA, bekalan ayam mula kembali di pasaran menjelang bulan Ramadhan dan Idilfitri. InsyaAllah mencukupi untuk keperluan ahli-ahli HPA

BIHUN HPA BAKAL MASUK PASARAN TIDAK LAMA LAGI

Dikeluarkan oleh syarikat HPA (Thai) Halal Produk & Trading Co.Ltd


KURSUS PRA HERBALIS


GEMPUR MEGA PBC RAMADHAN BERSAMA PENGARAH URUSAN


Thursday, July 8, 2010

Tuesday, June 22, 2010

KURSUS ILMU SAHABAT NETWORK

Kursus ilmu siri 2 sahabat network Perak telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Jun 2010 di Rumah Rehat Parit dengan 30 lebih peserta. Antara pembentang modul terdiri daripada PJM Hafidzan, Herbalis Asma' dan PJS Radiyati. Tahniah kepada saff kepimpinan sahabat network Perak atas inisiatif menganjurkan program ini



THE 7TH MALAYSIAN INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE (MIHAS 2010)




Jemput PJS, leader, agen stok dan pengedar HPA ke pameran produk halal di MADTRADE EXIBITION AND CONVENTION CENTRE (MECC) JALAN DUTA KUALA LUMPUR bermula 23 -27 Jun.

Sunday, June 13, 2010

KURSUS PRA HERBALIS KPA


PROGRAM TERDEKAT

1. KULIAH PERUBATAN JAWI

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad akan diadakan pada :

- Hari Khamis, 17 Jun 2010 di Hotel De Palma Ampang
- Hari Jumaat, 18 Jun 2010 di HPA Halal Hub Serkam, Melaka

bermula jam 8.45 malam

Kuliah ini terbuka untuk semua terutama pengedar HPA di Zon Tengah/ Selatan.
Semua PJS, leader, agen stok dan pengedar HPA dijemput hadir beramai-ramai.


2. MAJLIS PELANCARAN KELAB PELAPIS PJS (ZON KPA)

Majlis pelancaran Kelab Pelapis PJS Zon KPA telah ditunda kepada hari Ahad 4 Julai 2010 di Hotel De Palma Ampang.

Semua Pengarah Jati keatas (PJ, PJE, PJI, PJM) yang mencapai bonus RM1,000 keatas dijemput menganggotai kelab ini. Sila rujuk syarat dan peraturan anggota kelab.

Majlis ini akan dihadiri oleh PU dan GM-GM serta semua PJS KPA dan wakil dari KPU, KPT, KPS dan KPB.


3. MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTOR) DAN DIALOG PEMIMPIN KPA

Perhatian kepada PJS, anda wajib hadir ...(sila catat dalam diari peribadi anda)

Tarikh : 24 JUN 2010, Khamis
Masa : 7 malam - 11 malam
Tempat : HPA Cawangan Shah Alam
Tuan rumah: Komuniti Shah Alam

Tetamu yang akan memberi TAZKIRAH ialah:

Ust. Ahmad Adnan Fadzil
(Pengurus Zon Tengah / SU Panel Syariah HPA)

Dijemput 5 wakil setiap JK Komuniti KPA untuk turut hadir.Semoga Allah merahmati perjuangan kita dan ukhuwah kita semakin erat.

GEMPUR BORNEO !!!




PENUBUHAN KELAB PELAPIS PENGARAH JATI SETIA (PJS)

Syarat dan Peraturan Kelab Pelapis PJS (KPPJS)

1. Tujuan utama penubuhan Kelab Pelapis PJS ini adalah sebagai barisan kedua atau tunjang kedua yang akan menyokong visi dan misi hpa selepas pjs sedia ada.

2. Selain itu, kelab pelapis pjs ini juga adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Bakal PJS sebelum bergelar Pengarah Jati Setia (PJS).

3. Hanya ahli yang layak boleh memohon untuk menganggotai Kelab Pelapis PJS.Syarat layak permohonan:

i) berpangkat Pengarah Jati (PJ) dan keatas yang belum mencapai status Pengarah Jati Setia
ii) mencapai bonus keseluruhan RM 1000.00 dan ke atas.
iii) menunjukkan komitmen dalam program yang dianjurkan oleh kelab induk dan pihak syarikat.
iv) permohonan hendaklah dibuat melalui kelab zon masing-masing dan akan diluluskan oleh kelab tersebut.

Setiap permohonan melalui Kelab zon boleh berhubung dengan Setiausaha kelab iaitu:

KPU : PJS Ismail bin Othman / 019-475 2205
KPA : PJS Nor Haida bt Rameli / 013-396 2550
KPT : PJS Jalaluddin bin Hj Yeop Majlis / 013-922 1158
KPS : PJS Alimah bt Sam / 017-691 59674.

Setiap kelab dikehendaki memberi senarai nama peserta bagi tujuan semakan kelayakan beserta tarikh perasmian Kelab Pelapis PJS bagi kelab masing-masing dalam masa terdekat ini kepada Bahagian Pemasaran Al Wahida Marketing Sdn Bhd.

Sila hubungi:

i. En.Mohamad Kamal bin Ismail di talian 04- 977 4716 /6806 / 013- 480 4717. email: jatidiri09@yahoo.com.my.

ii. Cik Normalina bt Sharoni di talian 04- 977 4716 / 6806/ 019-221 2073. email: dew_beater1505@yahoo.com.

5. Majlis perasmian kelab pelapis pjs ini akan dirasmikan oleh wakil hq

6. Hanya ahli yang layak sahaja boleh menghadiri majlis perasmian kelab pelapis pjs ini.

7. Peserta hendaklah berpakaian kemas:

i. Peserta lelaki : berjeket hitam dan berkemeja tangan panjang/baju melayu raihan, berseluar panjang warna hitam, berstokin hitam dan kasut bertutup berwarna hitam.

Ii. Peserta wanita: baju kurung / jubah, bertudung berwarna hitam, kasut bertutup, berstokin hitam dan bagi peserta wanita bukan islam hendaklah berpakaian sopan.

Iii. Semua peserta lelaki dan wanita hendaklah memakai tanda nama (nametag) dalam setiap program yang dihadiri.

Iv. Cadangan name tag berwarna gold dan tertera perkataan “Pelapis PJS” diikuti nama peserta. (diuruskan oleh kelab masing-masing)

8. Pengisian semasa majlis perasmian antaranya ialah:

i. Ucapan PU/ GM/ wakil HQ.
Ii. Perlantikan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Kelab Pelapis PJS (KPPJS).

9. Bagi Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha Kelab Pelapis PJS yang dilantik, mereka layak untuk menghadiri Mesyuarat PJS dan program yang dianjurkan oleh kelab masing-masing.

Tuesday, June 1, 2010

PBC BANGI MEI 2010






PBC Bangi telah berpindah tempat ke Hotel Amani. Alhamdulillah seramai 46 peserta telah menyertai kursus ini pada 29-30 Mei yang lalu.










Monday, May 3, 2010


Program PSC buat di Cawangan HPA

Mesyuarat Tribunal Kelab (KPA, KPU, KPS, KPT, KPB) semalam telah memutuskan program PSC (Pengguna Setia Cemerlang) hendaklah dibuat di Cawangan HPA sahaja kerana telah diselaraskan bahawa yuran penyertaan program ini tidak lebih dari RM30.

Oleh itu program PSC KPA yang sebelum ini disebut akan diadakan di KLIH dibatalkan dan akan berpindah ke cawangan terpilih iaitu BANDAR BARU BANGI dan RAWANG

Tarikh : 16 Mei 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 7 petang

Tempat :

1. Cawangan HPA Bangi (70 peserta)
2. Cawangan HPA Rawang (80 peserta)

Yuran : RM30.00 termasuk makan tengahari dan bahan kursus

Syarat penyertaan :
1. Pengedar berpangkat PB sahaja
2. Pengganti TIDAK DIBENARKAN
3. Berumur 18 tahun ke atas
4. Telah membuat pembelian sekurang-kurangnya 100 NM (samada bulan Mac @ April @ Mei)5. Semasa pendaftaran peserta WAJIB melampirkan salinan pembelian 100 NM sebagai bukti

PESERTA AKAN DIANUGERAHKAN PANGKAT PLX SETELAH MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT BERMULA MEI 2010

Penceramah :1. En. Mohd. Faisol Abd. Rahman ( GM AWM)
2. PJM Hafidzan Faudzi (Presiden KPA) - Pengarah Program PSC
3. PJM Rosmandi Ishak (Timb. Presiden KPA)
4. PJS Fatin Rameli ( S/U KPA)
5. PJS Jamaluddin Yeop Majlis (Ketua Unit IT KPA)
6. Herbalis Tn. Hj. Ramly Ahmad (Penceramah KPJ)

Pendaftaran dibuka sekarang. Serahkan nama peserta dan bayaran RM30.00 kepada Setiausaha KPA sahaja (PJS Fatin 013-3962550). No. akaun Maybank - 1622 6336 7410 atas nama Nor Haida Rameli (Fatin). Perlu beri nama, no. ic dan no. ahli HPA untuk semakan keahlian dan pangkat di MIS

TERHAD HANYA 150 PESERTA SAHAJA !

Thursday, April 22, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTOR) DAN DIALOG PEMIMPIN KPA

Perhatian kepada PJS, anda wajib hadir ...(sila catat dalam diari peribadi anda)

Tarikh : 13 Mei 2010, Khamis
Masa : 7 malam - 11 malam
Tempat : HPA Cawangan Wangsa Maju

Dijemput 3 wakil setiap JK Komuniti KPA untuk turut hadir.

Semoga Allah merahmati perjuangan kita dan ukhuwah kita semakin erat.

HPA Halal Mart The Mines


(Beroperasi mulai 22 April 2010)

Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor

[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank]

Hubungi : Salmee (019-6528708)

Wednesday, April 21, 2010

Saturday, April 17, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

SEBARKAN.....

Kuliah Perubatan Jawi akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 April 2010 (Selasa)
Masa : 9 - 11 malam
Tempat : Dewan Musytari, Hotel Residence, UNITEN, Bangi

Tentatif :
9.00 mlm - Taklimat PSC dan motivasi oleh Presiden KPA
9.30 mlm - Kuliah oleh Ust. Mat

Pengerusi majlis - PJS Rosmandi Ishak

Dijemput hadir kepada semua ahli HPA. Sila bawa prospek anda untuk dengar taklimat PSC.
Digalakkan solat isya' berjamaah di Masjid UNITEN.

PJS-PJS Lembah Klang/ KPA adalah diwajibkan hadir (kehadiran diambil untuk rujukan PU)