Wednesday, December 30, 2009

MENTERI BESAR KELANTAN SAMBUT ROMBONGAN AHLI LEMBAGA KOPERASI KOWAHIDA DENGAN PENUH SENYUMAN

Hari ini dalam sejarah ! Rombongan 14 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kowahida telah mengunjungi YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan tepat jam 12.45 tgh pada 30 Disember 2009 di Pejabat Menteri Besar.

Matlamat kehadiran ALK Kowahida adalah untuk menyerahkan pembayaran zakat perniagaan Kowahida kepada kerajaan Negeri Kelantan di bawah PERKIM yang berjumlah RM249,000.00. Tuan Guru telah menerima replika cek zakat tersebut daripada Penerusi Kowahida, En. Mohd. Faisol dan seterusnya menyerahkan kepada Dato' Nik Amar selaku Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan.

Menteri Besar amat mengalu-alukan penglibatan HPA dan Kowahida di dalam membangunkan industri produk halal di Kelantan. Malah Tuan Guru telah mencadangkan beberapa produk keperluan yang harus dikembangkan seperti Radix Cereal (berasaskan oat) dan lain-lain. Alhamdulillah, Tuan Guru adalah pengamal Kopi Radix dan Radix Cereal.

Sejurus sahaja penyerahan mock up check tersebut, Tuan Guru telah membacakan doa semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam perniagaan HPA dan Kowahida termasuk kesejahteraan ummah. Sesi terakhir, wartawan akhbar tempatan telah menemuramah En. Mohd. Faisol berkaitan Kowahida dan bergambar beramai-ramai bersama Tok Guru !

























































Sebelum kami ke Pejabat Menteri Besar, kami berkesempatan melawat outlet untuk Radix Chicken House (RCH) beralamat MK3-068, Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre, Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan yang akan mula beroperasi Mac 2010. InsyaAllah. Minggu hadapan kerja-kerja renovasi akan bermula. Bersebelah lot RCH tersebut, adalah Pusat Jualan PJS Zawiyah @ Kak Nor. Kota Bharu Trade Center (KBTC) adalah mall membeli belah yang baru beroperasi sejak November 2009. GEMPURRRR HPA TAHUN 2010 ! 25 TAHUN PTA &HPA....JUBLI PERAK.










1 comment:

Sahabat Network Negeri Sembilan said...

InsyaAllah...satu mercu tanda kejayaan perjuangan ummah berjaya diletakkan sebagai asas akan berkembangnya lagi perjuangan mengenengahkan produk halal di negeri bertuah serambi makkah.Teruskan perjuangan...InsyaAllah Negeri Adat Pepatih akan ikut selepas ini.GEMPUR...HPA BOLEH!