Tuesday, December 29, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) KALI KE-11

Mesyuarat ALK telah diadakan pada 29 Disember 2009, Selasa, jam 9 pagi di Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan. Kesemua ALK hadir kecuali Setiausaha, Tn. Hj. Azizan yang baru pulang dari Mekah. Mesyuarat tamat pada jam 1.00 tgh. Agenda penting adalah meluluskan keahlian koperasi dan pelaburan bagi bulan November 2009.
Keanggotaan KOWAHIDA setakat ini berjumlah 8352 orang dengan modal RM16juta. Memandangkan kepada minat pengedar untuk menganggotai KOWAHIDA semakin meningkat; adalah perlu agar modal maksima yang dibenarkan dapat dibincangkan dalam mesyuarat agong yang akan datang.
Termasuk cadangan pelaburan bagi penyewaan peralatan RCH Kluang, Ipoh dan Kota Bharu. Mesyuarat bersetuju meluluskan penyata kewangan bagi bulan Nov. Semoga AllAH SWT memberikan kepada kita semua untuk terus memberi sokongan padu kepada kewujudan KOWAHIDA. Mesyuarat akan datang pada 26 Januari 2010 di Pulau Pinang.

























2 comments:

Sahabat Network Negeri Sembilan said...

Salam Perjuangan, boleh tanya bila boleh tahu kelulusan keahlian Kowahida? Mohon pencerahan sebab ada yang dah register ahli sebelum keahlian ditangguh baru-baru ini.Bila keahlian baru hendak dibuka?

ADMIN said...

Permohonan keahlian kowahida ditutup sementara hanya pada bulan Disember sahaja. Bertujuan untuk kemaskini rekod dan penyata kewangan yang akan berakhir 31 Disember. Mulai 1.1.2010, keahlian dan pelabuaran kowahida dibuka semula. Mesyuarat ALK semalam hanya meluluskan permohonan kehlian dan pelaburan bagi bulan November sahaj. Terus gempur...