Wednesday, December 30, 2009

DEWAN PENUH DAN MERIAH DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM

Bermula jam 9.15 malam bertempat di Dewan Kenanga, Hotel Raudhah pada tanggal 29 Disember 2009. Kehadiran yang cukup ramai lebih 300 orang bagi mendengar Motivasi dan Taklimat Insentif Ta'awun daripada GM En. Faisol dan 3 wakil KPA,KPU dan KPT telah dipengerusikan oleh PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis. Antara PJS yang hadir adalah PJS Fatin, PJS Khalid Iskri, PJS Hj. Ramli, PJS Cikgu Romli, PJS Zawiyah @ kak Nor dan ramai lagi.

Setelah pengerusi majlis menyampaikan alu-aluan, PJS Hj. Ismail Othman selaku Setiausaha Majlis Tribunal KPU dijemput untuk memberikan motivasi dan perkongsian pengalaman. Beliau telah menceritakan pahit manis perjalanan dan perjuangan HPA untuk sampai ke tahap sekarang. Sudah pasti... jawapannya adalah pengorbanan dan kesetiaan yang tinggi oleh pengedar HPA. Presiden KPU, PJS Tn. Hj. Azizan tidak dapat hadir disebabkan baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadat haji.

Majlis diteruskan dengan suntikan motivasi yang telah disampaikan oleh Presiden KPA, PJS Hafidzan Faudzi. Beliau menyatakan bahawa HPA telah berada di persada global mencecah usia jubli perak iaitu genap 25 tahun pada tahun 2010. PTA yang telah ditubuhkan sejak 1985 dan sehinggalah sekarang HPA telah menunjukkan kematangan dalam industri MLMS dan pengeluaran produl halal dan baik.
Sebagai wakil tuan rumah, Presiden KPT, PJS Ust. Mohd. Ramizu telah mengupas pentingnya setiap pengedar samada baru atau lama...tetap mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di atas landasan perjuanagn HPA. Konsep ta'awun mesti diperkukuhkan untuk memastikan HPA terus mantap dan menjadi pilihan utama terutamanya umat Islan di seluruh dunia. Beliau berpesan agar setiap pengedar menghindari sebarang permusuhan dan perpecahan.

Pengerusi majlis telah memberi laluan kepada PJS Cikgu Man untuk memberikan suntikan dan rangsangan keusahawanan HPA talah disambut dengan lanungan HPA Boleh ! yang sangat kuat dan bertenaga sehingga memecah kesunyian malam di bandar Kota Bharu.

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu.... Tuan GM, En. Mohd. Faisol telah mengisi slot utama dengan memberi taklimat Insentif Ta'awun yang terperinci hampir 1 jam. GM memaklumkan juga pembukaan RCH di Kota Bharu Trade Centre pada bulan Februari di mana kerja renovasi akan bermula minggu hadapan. GM juga telah menyatakan bahawa pada 30 Disember jam 2.30 petang, akan diadakan Majlis Penyerahan Zakat KoWahida berjumlah RM 249,000 kepada kerajaan Kelantan di pejabat Menteri Besar. Semua ALK akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, insyaAllah.

Majlis di tamatkan pada jam 11 malam dengan harapan dan semangat baru dan luar biasa dari semua hadirin. gempurrrr........