Wednesday, January 13, 2010

KURSUS PENJANAAN PENGARAH JATI BERKUALITI DI PAKA

Seramai 52 peserta yang terdiri daripada pengedar HPA berpangkat PLX-PR telah mengikuti Kursus Penjanaan Pengarah Jati Berkualiti yang di adakan pada 12 Januari 2010 (Selasa) bermula jam 3 petang - 12 malam di Rumbia Resort, Paka Dungun Terengganu. Kursus tersebut dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Terengganu dengan bayaran RM50 seorang. Pengarah program adalah PJS Ustaz Jamaluddin Jusoh.

PJM Hafidzan telah mengisi slot Ramah Mesra Bersama DOTY '09 (petang) dan Modul Penjanaan PJ Berkualiti (malam) termasuk bengkel. Sebelum program tamat, semua peserta membentangkan resolusi bersama iaitu mensasarkan PJ dan insentif ta'awun sebelum September 2010. Semua peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan berjanji akan menggempur PBC Paka dan PBC Marang serentak pada 22-23 Januari 2010. InsyaAllah.









































1 comment:

Sahabat Network Negeri Sembilan said...

Gempur, sehingga beroleh kejayaan InsyaAllah