Friday, July 10, 2009

ANAK RADIX

Salam pada semua, Alhamdulillah...inilah wajah ahli baru sahabat network. Nama belum ada lagi . Lahir pada 9 Julai 2009 bersamaan 16 Rejab jam 11.57pg di Hospital An-Nur, Bangi. berat 3.3 kg

Pengalaman menarik ialah saya diberi peluang untuk menyambut kelahiran bayi kira jadi bidanlah.... bukan semua doktor boleh memberi peluang sebegitu. Memang inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, daripada menyambut baby keluar sehingga memotong tali pusat dan menarik uri keluar.

Terima kasih kepada mereka yang prihatin dan sentiasa mendoakan serta memberi sokongan moral kepada saya dan keluarga. Anak yang baru lahir ini adalah anak ke-8 dan anak lelaki ke-2 (anak RADIX). Doakan semoga anak dan isteri saya (PJS Siti Rahmah) cepat sihat Insyaallah......

No comments: