



Di antara fasilitator yang terlibat adalah PJ Ust. Syed Bahri, PJ Ust Khairuddin, En. Shamsul Kamal Idris, En. Mohd. Syukri, En. Said. Terdapat 3 doktor perubatan turut hadir sebagai peserta.
Peserta Lelaki Terbaik iaitu En. Abd Halim Hakim, seorang pensyarah kanan UTeM, Melaka amat terharu apabila mengenali lebih dekat tentang perjuangan HPA di mana sebelum ini beliau tidak menyukai perniagaan MLM. Semua peserta amat bersemangat dan bertekad untuk menggempur pasaran Negeri Sembilan dan akan berusaha untuk membawa peserta PBC akan datang pd 10-11 Oktober di Paroi. InsyaAllah.
Kedai Radix Pizza yang menyediakan pelbagai jenis Pizza dijangka siap sebelum raya yang terletak di belakang Lagenda Height. PJS Zaimah dan PJS Fatin bersama PJS-PJS lain yang hadir semasa program menggenggam harapan Ummah diberi peluang untuk menikmati rasa salah satu pizza yang bakal keluarkan nanti Insyaallah...
Ini adalah gambaran suasana Islamic Book Store HPA. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA.

Pengarah Urusan Tn. Hj. Ismail Hj Ahmad berpesan kepada ahli HPA mengamalkan Produk Kapsul IMT 1 jam 2 kapsul atau setiap 4 jam 4 kapsul jadi 2 hari habis 2 botol IMT bagi menangani wabak yang ada sekarang.


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... (petikan kata-kata Allahyarham dalam asrirabbani.blogspot.com)
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan mereka yang beriman....AL-FATIHAH