Thursday, August 20, 2009

Pada 16 Ogos 09, Saya (PJS Fatin) dan PJS Ibu Zaimah beserta keluarga "Check in" di Hotel El-Zahraa Inn. Rasa terharu kerana seperti bermimpi melihat keindahan susana di dalam Hotel El-Zahraa dan pencapaian dan kejayaan HPA. Kami rasa amat-amat berbangga menjadi ahli HPA.
Dengan konsep Islamik dan senibina Islam serta berkonsepkan ciri-ciri timur tengah sejuk mata memandang. Diiringi dengan alunan nasyid yang merdu dan laungan azan ketika masuk waktu solat serta laynan mesrta dari pihak hotel membuatkan pengalaman menginap di sana tidak dapat dilupakan...SUBHANALLAH....
El-Zahraa inn menyediakan 29 bilik untuk dinikmati oleh para pelanggan.
1. Bilik Executive - 4 bilik
2. Bilik Deluxe - 2 bilik
3. Superior (Double) - 15 bilik
4. Superior (Single) - 8 bilik
Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat ekonomi (RM90)


Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)

bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)
Antara kemudahan di dalam bilik:
Bilik berhawa dingin, LCD TV, Telefon, Peti sejuk, Cerek Elektrik, Air panas/sejuk, seterika, sejadah, Al-Quran, kain batik dan kain pelikat dan produk HPA.

No comments: