Monday, August 31, 2009

KPA GEMPUR PAROI, NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, seramai 47 peserta telah menghadiri PBC Paroi yang diadakan pada 29-30 Ogos buat kali pertamanya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Negeri Sembilan. Modul modul telah disampaikan oleh Presiden KPA - PJM Hafidzan, Timb. Presiden KPA - PJM Rosmandi, Prof. Madya Dr. Ishak selaku Panel syariah HPA, PJS Fatin, PJS Aznin, PJS Rugayah dan PJE Asma.

Di antara fasilitator yang terlibat adalah PJ Ust. Syed Bahri, PJ Ust Khairuddin, En. Shamsul Kamal Idris, En. Mohd. Syukri, En. Said. Terdapat 3 doktor perubatan turut hadir sebagai peserta.

Peserta Lelaki Terbaik iaitu En. Abd Halim Hakim, seorang pensyarah kanan UTeM, Melaka amat terharu apabila mengenali lebih dekat tentang perjuangan HPA di mana sebelum ini beliau tidak menyukai perniagaan MLM. Semua peserta amat bersemangat dan bertekad untuk menggempur pasaran Negeri Sembilan dan akan berusaha untuk membawa peserta PBC akan datang pd 10-11 Oktober di Paroi. InsyaAllah.

1 comment:

SHURA - CIMMA said...

Tahniah! Semoga beroleh kejayaan di dunia & akhirat.

Sahabat Network N9