Wednesday, September 2, 2009

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA LULUSKAN DIVIDEN KOWAHIDA 2008 SEBANYAK 14%


SALAM KEPADA SELURUH PEMEGANG SAHAM KOPERASI WAHIDA HPA BHD (KOWAHIDA)Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) dengan resminya meluluskan permohonan Ko Wahida untuk melakukan pembayaran dividen 14% kepada seluruh pemegang saham berakhir Jun 2008 di bawah Persatuan 24 Peraturan-Peraturan Koperasi 1995.

Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi akan menghantar surat penyata saham dan dividen kepada pemegang saham dan akan sampai selewatnya hujung bulan ini. Para pemegang saham yang menerima surat tersebut dikehendaki menjawab surat tersebut bagi menyatakan hasrat untuk menebus dividen atau melabur kembali sebagai saham.

Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ koperasi di no tel 049773813/049773814 atau email ke copwahida@gmail.com atau kowahida@yahoo.comMARI MELABUR DAN TERUS MELABUR KE KO WAHIDA.

Monday, August 31, 2009

IFTAR RAMADHAN DI CAWANGAN HPA SEMABOK PERDANA, MELAKA

















Alhamdulillah pada 06 Ramadhan 1430 HijrahBersamaan 27 Ogos 2009 - Khamis...Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Berjemaah, Kelab Sahabat Siti Khadijah di HPA Cawangan Semabok Perdana, Melaka Bandaraya Warisan Dunia...telah berjalan dengan meriah.



Majlis diisi dengan solat sunat terawih dan tazkirah oleh Ust. Kamaruzzaman dan ucapan PJM Hafidzan sebagai Penasihat Kelab Sahabat Siti Khadijah. Gempurr Melaka.

PENERANGAN PRODUK HALAL DAN KENAPA BERSAMA HPA DI HQ MTDC












PJM Hafidzan dijemput untuk memberi penerangan produk halal di ibu pejabat MTDC di Jalan Bukit Bintang ( Tingkat 9 Wisma Tun Razak) pada 26 Ogos jam 1 ptg. Dihadiri oleh pegawai dan kakitangan MTDC. Terima kasih kepada En. Suhairi (MTDC Serdang) dan En. Norhisham (MTDC HQ) yang menganjurkan majlis penerangan tsb. Alhamdulllah, respon yang sangat baik diberikan dan mereka bersemangat untuk melakukan perubahan untuk mengamalkan produk halal HPA. Gempur...........................

KPA GEMPUR PAROI, NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, seramai 47 peserta telah menghadiri PBC Paroi yang diadakan pada 29-30 Ogos buat kali pertamanya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Negeri Sembilan. Modul modul telah disampaikan oleh Presiden KPA - PJM Hafidzan, Timb. Presiden KPA - PJM Rosmandi, Prof. Madya Dr. Ishak selaku Panel syariah HPA, PJS Fatin, PJS Aznin, PJS Rugayah dan PJE Asma.

Di antara fasilitator yang terlibat adalah PJ Ust. Syed Bahri, PJ Ust Khairuddin, En. Shamsul Kamal Idris, En. Mohd. Syukri, En. Said. Terdapat 3 doktor perubatan turut hadir sebagai peserta.

Peserta Lelaki Terbaik iaitu En. Abd Halim Hakim, seorang pensyarah kanan UTeM, Melaka amat terharu apabila mengenali lebih dekat tentang perjuangan HPA di mana sebelum ini beliau tidak menyukai perniagaan MLM. Semua peserta amat bersemangat dan bertekad untuk menggempur pasaran Negeri Sembilan dan akan berusaha untuk membawa peserta PBC akan datang pd 10-11 Oktober di Paroi. InsyaAllah.

Wednesday, August 26, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) KOWAHIDA DI KANGAR 26 OGOS


Gambar di ruangan kaunter Pejabat KoWahida




Mesyuarat ALK KoWahida kali ke 7 telah diadakan pada 26 Ogos 2009 di Pejabat KoWahida di Kangar bermula 3.00 ptg. Majlis berbuka ALK KoWahida bersama kakitangan KoWahida termasuk Staf AWM diadakan di RCH bersebelahan pejabat KoWahida. SKM Negeri Perlis telah mengumumkan KoWahida sebagai koperasi TERBAIK Negeri Perlis 2009. http://kowahida.blogspot.com/





Thursday, August 20, 2009

WAHDAH BERWAJAH BARU (Rebranding)


Suasana di dalam kiosk HPA yang terdapat di dalam RFC di bandar laguna, Merbuk Sungai Petani yang menjadi tarikan untuk pengunjung yang hadir untuk menikmati hidangan RFC di sana






PIZZA

Kedai Radix Pizza yang menyediakan pelbagai jenis Pizza dijangka siap sebelum raya yang terletak di belakang Lagenda Height. PJS Zaimah dan PJS Fatin bersama PJS-PJS lain yang hadir semasa program menggenggam harapan Ummah diberi peluang untuk menikmati rasa salah satu pizza yang bakal keluarkan nanti Insyaallah...

RADIX BAKERY HOUSE





ISLAMIC BOOK STORE HPA

Ini adalah gambaran suasana Islamic Book Store HPA. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA.
Pada 16 Ogos 09, Saya (PJS Fatin) dan PJS Ibu Zaimah beserta keluarga "Check in" di Hotel El-Zahraa Inn. Rasa terharu kerana seperti bermimpi melihat keindahan susana di dalam Hotel El-Zahraa dan pencapaian dan kejayaan HPA. Kami rasa amat-amat berbangga menjadi ahli HPA.
Dengan konsep Islamik dan senibina Islam serta berkonsepkan ciri-ciri timur tengah sejuk mata memandang. Diiringi dengan alunan nasyid yang merdu dan laungan azan ketika masuk waktu solat serta laynan mesrta dari pihak hotel membuatkan pengalaman menginap di sana tidak dapat dilupakan...SUBHANALLAH....
El-Zahraa inn menyediakan 29 bilik untuk dinikmati oleh para pelanggan.
1. Bilik Executive - 4 bilik
2. Bilik Deluxe - 2 bilik
3. Superior (Double) - 15 bilik
4. Superior (Single) - 8 bilik
Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat ekonomi (RM90)


Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)

bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)
Antara kemudahan di dalam bilik:
Bilik berhawa dingin, LCD TV, Telefon, Peti sejuk, Cerek Elektrik, Air panas/sejuk, seterika, sejadah, Al-Quran, kain batik dan kain pelikat dan produk HPA.

Tuesday, August 18, 2009

IKLAN RADIX KOKO (TV9)

Iklan ini akan mula disiarkan semasa bulan puasa di TV9 sewaktu rancangan Madina & Aqso pada waktu petang

Monday, August 17, 2009

PERASMIAN CAWANGAN HPA SHAH ALAM

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 5.30 petang - 10 malam
Tempat : Cawangan HPA Shah Alam di Worldwide@7 (Seksyen 7)
Perasmi : En. Mohd. Faisol Abd. Rahman, GM HPA

Berbuka puasa dan solat terawih berjamaah.
Semua pengedar dan PJS dijemput hadir.

GEMPURRRR SHAH ALAM !