Wednesday, September 2, 2009

JK KOMUNITI CAW. SERI ISKANDAR, PERAK ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA















Alhamdulillah, pada 1 September (Selasa) satu Majlis Anugerah Komuniti Sri Iskandar dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan dengan 30 kehadiran. Majlis dipengerusikan oleh PJ Cikgu Ramlan bermula jam 6 petang.

Pengerusi JK Komuniti iaitu PJS Kholilah Wong dan keluarga terpaksa ke Hospital Putrajaya kerana ibu mertuanya sakit tenat dan kritikal.
Majlis dimulakan dengan ucapan PJ Cikgu Ramlan. PJM Hafidzan telah memberi ucapan dan motivasi kepada hadirin.
Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada anak-anak, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada ahli HPA Sri Iskandar. PJ Cikgu Ramlan dan PJ Cikgu Zana telah menerima sebuah handphone kerana berjaya naik pangkat Pengarah Jati (PJ). Hadiah penghargaan juga diberikan kepada stokis Pn. Noha, Ustzh Sara dan Cikgu Ramlan. Kemudian, beberapa leader dijemput memberikan ucapan. Tahniah semua.

*** semasa artikel ini ditulis, SMS dr PJS Kholilah -`Mak dah tak da'
Innalillahi wainnailaihi rajiun. Semoga roh ibu mertua PJS Kholilah dicucuri RahmatNya.
(Ibu PJ Cikgu Hamid)

No comments: