Friday, September 4, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI CAWANGAN BENTONG PAHANG MERIAH

































Majlis berbuka puasa anjuran JK Komuniti Cawangan Bentong, Pahang telah diadakan pada 3 September, Khamis berjalan dengan lancar dan meriah. Seramai 60 orang ahli HPA sekitar Bentong telah hadir. Majlis dipengerusikan oleh En. Hanimuddin selaku Pengerusi JK Komuniti Bentong.

Solat Maghrib berjamaah telah diimamkan oleh Ust. Aris. Solat Isya' dan tarawih berjamaah diimamkan oleh PJ Alias dan bilalnya Cikgu Tuah kedua-duanya dari Bilut. Selepas solat Maghrib, PJM Hafidzan telah memberi ucapan dan motivasi serta perkembangan terkini syarikat. Disusuli juga dengan Majlis Penyampaian Cenderahati kepada bekas peserta PBC. PJS Zaimah, PJ Alias, PJ Zaiton, PJ Faizal, masing-masing menerima set minuman kaca. Anak-anak amat gembira kerana mendapat ole -ole set alatulis. Tahniah Bentong !

No comments: