Saturday, September 26, 2009

PERGI TAK AKAN KEMBALI.......PJS ZABEDAH ABDULLAH (BIDOR, PERAK)



Selesai sahaja azan Maghrib berkumandang pada 24 September (5 Syawal), seorang pemimpin HPA telah kembali kerahmatullah, Khamis malam Jumaat di hadapan kesemua anak-anak Allahyarham. PJS Kak Bedah yang merupakan pemimpin veteran dan sangat gigih memperjuangkan HPA terutamanya disekitar zon Tengah (Perak). Allahyarham berusia 64 tahun. Mempunyai 8 anak. Suami beliau, abang Yusof sekarang berusia 74 tahun.

Saya dan isteri-isteri telah bertolak dari Bukit Mahkota Bangi pada jam 7.30 pagi. Tiba di rumah Kak Bedah, Taman Sri Bidor jam 9.30 pagi pada ketika jenazah sedang dimandikan. PU2, Tn. Hj. Fisal dan GM, En. Mohd Faisol lebih awal sampai. Antara leader yang sempat hadir pada hari pengkebumian adalah PJS Hj. Jamaluddin, PJS Pak Dollah, PJS Kholilah Wong dan lain-lain. Pn. Siti Hazliana dan Cik Dayana juga turut hadir.

Sama sama kita mendoakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahannya dan semoga rohnya dicucuri RahmatNYa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa serta menerima ganjaran syurga Allah.

No comments: